Selasa, 19 Februari 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Jelajah Kebangkitan Pendidik <b>di Shah Alam</b> Ahad ini

Posted: 31 Jan 2013 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Warga pendidik dijemput untuk menghadiri program siri Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan yang akan berlangsung pada 3 Febuari ini.

Program sehari anjuran Lujnah Pendidikan PAS Pusat akan dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang di Dewan MBSA Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam.

Bertemakan "Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan" pihak penganjur turut mengadakan ceramah yang akan membariskan beberapa penceramah antaranya mantan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Datuk Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Johor Ramlan Sariman, Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden NGO Pendidik Cikgu Normala Sudirman.

Ceramah ini akan bermula jam 9.00 malam bertempat di Markaz PAS Bukit Naga Shah Alam.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pengarah program Muhammad Abdullah di talian 017 2866571 ataupun boleh dilayari melalui www.ustream.tv/channel/cikgumalatv.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads