12 di puchong - Google Blog Search |
MTES Bincang Cara Atasi Banjir <b>Di Puchong</b> Posted: 20 Feb 2013 01:51 AM PST SHAH ALAM 20 FEB : Kerajaan Negeri akan membuat keputusan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di Puchong semalam selepas berakhir mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) petang ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara tindakan dijangka akan diambil adalah merangka dan membetulkan semula pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan. Bagaimana, katanya keputusan akan dibuat berdasarkan penerangan yang akan diberikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Asmawi Kasbi dalam mesyuarat itu. "Kita akan meminta Yang Dipertua MPSJ memberikan penerangan mengenai pembangunan di situ dan mengapa banjir berlaku. "Dari situ keputusan akan dibuat secara profesional dan akan diumumkan sama ada merangka semula pembangunan infrastruktur di kawasan itu," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini. Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Kejuruteraan MPSJ bagi menjalankan siasatan dan menyiapkan laporan mengenainya. Semalam banjir kilat berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang menyebabkan laluan ke Bandar Puteri ditutup selama beberapa jam. Kawasan di Bandar Puchong Jaya juga tenggelam akibat hujan lebat pada kira-kira jam 4.45 petang. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di puchong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan