Rabu, 20 Februari 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


MB : Pembatalan Kondo <b>Batu Caves</b> Kerana Langgar Syarat

Posted: 29 Jan 2013 03:27 AM PST

SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Selangor membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves kerana pemajunya, Dolomite Properties Sdn Bhd, tidak mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dicapai selepas meneliti laporan daripada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk mengkajisemula projek pembangunan itu.

"Kita ada asas buat keputusan itu," kata Abdul Khalid dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid menggesa syarikat Dolomite supaya berurusan terus dengan MPS bagi mendapat sebarang penjelasan lanjut.

"Pemaju mesti berhubung dengan PBT Selayang, keputusan itu dibuat berasaskan maklumat yang kita dapati daripada kelulusan dan juga permohonan," katanya lagi.

Abdul Khalid mengumumkan pembatalan projek itu pada minggu lalu demi menjaga keselamatan orang awam dan memelihara alam sekitar.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Jawatankuasa khas itu dianggotai lima profesional bebas dan bertujuan meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.

Kelulusan pembangunan projek itu diberi oleh MPS pada tahun 2007.

Akan tetapi, projek tersebut telah mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Hindu yang risau ia akan menjejaskan kawasan kuil Batu Caves.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads