12 di sijangkang - Google Blog Search |
Kanak-kanak sebulan Antara Yang Berkhatan di Majlis <b>Di Sijangkang</b> Posted: 15 Nov 2012 03:00 PM PST KUALA LANGAT 16 NOV : Majlis berkhatan 21 kanak-kanak di Masjid Jamiul Ehsani di Kampung Sijangkang di sini hari ini dilakukan sendiri oleh (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Ia bertambah istimewa dengan penglibatan bayi berusia sebulan, Muhammad Habibur Rahman Shaiful Amri. Bapa bayi itu, Shaiful Amri Mohamed Shapik, 36, berkata, memang menjadi kebiasaan untuk beliau bersama isteri, Nornajibah Md Saufi, 36, untuk mengkhatankan anak mereka pada usia awal. "Dalam keluarga saya memang anak-anak lelaki saya dikhatankan dalam usia sebulan ke dua bulan kerana pengalaman anak pertama mengalami masalah buang air berdarah," katanya yang bekerja sebagai timbalan pengurus di Takaful Malaysia Bhd. Doktor menasihatkan dia dikhatankan awal. Dari situ saya dan isteri teruskan untuk anak kedua dan ketiga kerana kanak-kanak lebih mudah sembuh pada usia awal. "Berkhatan awal juga memudahkan kita mendidik anak bersuci dan mengerjakan amal ibadah di masjid. "Saya juga menyarankan ibu bapa lain mengkhatankan anak mereka pada usia awal malah ia menjadi kebisaan di luar negara terutama di negara Arab," katanya ketika ditemui TVSelangor dan melahirkan rasa gembira kerana penyertaan anaknya dalam majlis berkenaan. Nazir masjid, Zainal Ulum Ahmad Kasah berkata, majlis berkhatan beramai-ramai itu adalah program tradisi bagi masjid tersebut sejak 2008. Menurutnya, pada kali ini dijalankan lebih meriah dengan jamuan makan serta semua kanak-kanak dimandikan dahulu dengan siraman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dijemput oleh jawatankuasa masjid. "Sambutan kali ini bagus dengan lebih 20 kanak-kanak dan menjadi unik bila melibatkan peserta termuda berusia sebulan. "Selain dikhatankan sendiri oleh Dr Ahmad Yunus, majlis kali ini juga berbeza bila jamuan beramai-ramai diadakan dan minggu depan turut dijalankan majlis kesyukuran bila semua kanak-kanak ini sembuh," katanya. Sementara itu, Dr Ahmad Yunus menjelaskan proses berkhatan dijalankan dengan menggunakan kaedah Smart Klam yang mengurangkan risiko pendarahan dan jangkitan berbanding cara berkhatan biasa. "Ini adalah salah satu program yang dijalankan secara bergilir dengan masjid lain di DUN Sijangkang bagi kanak-kanak pada musim cuti yang turut melibatkan golongan asnaf. "Pada kali saya sendiri akan mengkhatankan mereka dengan dua pembantu," katanya. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di sijangkang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan