Isnin, 4 Februari 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR <b>Di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 11:30 PM PST




KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.
Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang Dewan Negeri Selangor berakhir.

Berpolitik dengan Air : Persoalan Agenda Sulit Kerajaan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 04:23 AM PST

alt

 

Ketika kerajaan  Pakatan Rakyat mula menaiki tahta pemerintahan, rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega  di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama  PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM.
 
Belum pun perkara atas reda Politik negara menjadi kecoh apabila kisah wakil DAP yang terpaka menjadi pemberi maklumat rasuah parti pimpinan Karpal Singh tersebut telah dilaporkan membunuh diri di pejabat SPRM , walaupun dipercayai DAP yang mengugutnya, namun kematian nya di jadikan wayang untuk tayangan perdana seluruh Negara. Kepada Pakatan Rakyat apa sahaja yang boleh di jadi kan isu utuk  alih perhatian terhadap rasuah dan kepincangan kerajaan Selangor ia tentu sekali akan di manipulasi dan menjadi isu.besar.
 
Politik baru yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat dilihat membawa pelbagai karenah dan membebankan rakyat. Politik yang tiada batas dan hadnya telah sampai ke tahap melampau apabila bahan kegunaan harian ia itu bekalan Air telah kini tersasar ke arah sudut tersasar dari masalah utama yang dibangkitkan.
 
Bekalan yang terhenti di banyak kawasan telah menganggu penduduk negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur. Masalah air ini  yang boleh dikira sebagai  unprecedented  kerana perkara sebegini belum pernah terjadi di negeri Selangor ketika di bawah kepimpinan kerajaan BN.Mana mungkin dengan air yang begitu banyak penduduk tidak dapat bekalan mencukupi.Bahkan kawasan perkilangan juga menghadapi ganguan bekalan air.
 
Masalah air ini bertambah teruk apabila kerajaan negeri memilih untuk menjadi penuduh dan penuding jari kepada seluruh pemasalahan air dan bukan sebagai penyelesai masalah.Pergeseran pendapat dan perkelahian terbuka antara kerajaan negeri dan syarikat SYABAS telah bertambah parah sehingga syarikat SYABAS terpaksa menjawap tuduhan kerajaan negeri di kebanyakan akhbar dan media tempatan.
 
Walaupun kerajaan negeri sendiri menjadi pemegang saham 30% di dalam syarikat pengurusan air  SYABAS, ia memilih untuk menyerang SYABAS seolah olah Syarikat SYABAS ada lah musuh nya.Lebih pelik apabila kerajaan negeri sendiri ada beberapa wakil lantikan nya di dalam Lembaga Pengarah SYABAS..Apa kah mereka hanya patung dan tunggul sahaja di dalam Lembaga Pengarah itu?Dan tidak berfungsi lansung untuk kebaikan pengurusan air?
 
Menteri Besar nya Datuk Khalid Ibrahim seringkali  berucap di merata tempat menyata kan betapa cukup nya bekalan air seolah olah air lombong, longkang, hujan dan sungai ada lah sumber nya tanpa membeza kan jumlah air yang di rawat dan air yang tidak di rawat.Kelihatan MB Khalid semecam cuba memperbodoh kan rakyat.
 
Di pihak Syarikat SYABAS pula mereka telah berusha menjelas kan kedudukan mereka dengan  had had kuasa dan kerja yang mereka boleh laksana kan sebagai pihak lantikan kerajaan negeri. Penjelasan SYABAS nampak sekali hal ini bergantung kepada kerajaan negeri.yang mempunyai kuasa penuh.dalam menetukan pelbagai peraturan.
 
Perang air di negeri Selangor ini sudah melimpah sehingga ke Pahang apabila Datuk Seri Adnan Yakob turut memberi kenyataan tentang projek air Langat dan betapa ianya harus di sokong dan di laksana kan dengan segera.Malah menambah kata bahawa terpulang kepada rakyat negeri Selangor untuk menentu kan nasib mereka di dalam hal ehwal air ini
 
Kerajaan Selangor ketika menuduh Syarikat SYABAS sengaja mahu menyusahkan rakyat dan mensyaki kerja sabotaj oleh SYABAS untuk kepentingan SYABAS dan agenda bersama kerajaan pusat, tuduhan ini telah dijelaskan bahawa amat mustahil SYABAS mahu membuat perkara ini kerana SYABAS terpaksa keluar kan kos lebih tinggi dengan kerja penyewaan lori dan kerja tambahan untuk membawa bekalan kepada penduduk dianggap tidak masuk diakal.
 
Bagi kebanyakan rakyat  mereka tertanya Tanya dan musykil apa kah sebenar nya permainan catur MB Khalid ini dengan  isu air. Ada kah ia nya berupa ugutan kepada kerajaan pusat agar memberi mereka wang  berbillion untuk saham SYABAS dan baru lah kerajaan negeri akan memberi kerjasama menyelesaikan nya?
 
Atau , ada kah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tahu yang mereka bukan lagi kerajaan selepas PRU 13 , maka dengan itu mereka tidak perlu sangat melayani karenah air, dan membiar kan sahaja kerajaan baru menyelesai kan nya nanti?
 
Mungkin juga banyak wang yang telah di habis kan oleh rejim Khalid ini kepada perkara lain seperti isu bailout TALAM , lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini perlu menyimpan sejumlah wang untuk menunjuk kan mereka tidak belanja semua nya di dalam kantong negeri lalu projek air dan urusan air ini harus di lengah kan, supaya wang tidak terhabis untuk selesai kan isu air ini?
 
Umum juga mengetahui kerajaan negeri Selangor telah menjual banyak aset milik kerajaan negeri lalu balance sheet kerajaan negeri Selangor harus kelihatan sihat lalu apa apa baki di dalam nya  tidak layak di sentuh kerana amat sukar memberi tahu rakyat kemana pergi jumlah besar wang setelah banyak harta negeri telah banyak di jual, maka apa apa jumlah yang ada harus di kekal kan dan bekalan air ada lah mangsa kepada percaturan ini.
 
Selain itu pulangan penjualan pasir yang begitu banyak di korek sekian lama juga perlu di tunjuk kan di dalam akaun negeri, maka tidak menguna kan nya untuk pemulihan air boleh menyelamat kan kerajaan Khalid Ibrahim dari menjawap kemana pergi nya kebanyakan  wang negeri.
 
Mungkin juga penasihat RM1 negeri Selangor sebagai boss Khalid memberi arahan
Kepada Khalid untuk berhelah itu dan ini kerana hasrat peribadi nya yang mahu memerintah Negara ada lah  lebih utama dari masalah rakyat negeri Selangor, dan sifat dendam nya kepada kerajaan pusat harus di terus kan?
 
Apa pun percaturan politik menguna kan air ada lah sesuatu yang merbahaya kerana air ada lah sumber kehidupan harian manusia tidak kira siapa yang mereka undi atau siapa yang dapat undi.
 
Ada kah ini semua petanda  kejatuhan kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh 2 orang anak Ibrahim semakin jelas dan terang,  kerana jika isu air yang begitu penting pun tidak boleh di selesai kan, maka apa lagi yang boleh di harap kan dari rejim 2 anak Ibrahim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads