12 di cheras - Google Blog Search |
- Burger & Roti John Terbaik <b>di Cheras</b> | Santai Leeza
- Malam Cinta Rasul <b>di</b> Dataran Merdeka - umno bahagian <b>cheras</b> <b>...</b>
- Dua Kereta Mewah Hilang <b>Di Cheras</b> Ditemui Di JB | MyNewsHub
Burger & Roti John Terbaik <b>di Cheras</b> | Santai Leeza Posted: 28 Feb 2013 05:30 PM PST Sepanjang pengalaman leeza lepak makan di serata ibu kota ni, leeza berpendapat burger dan roti john yang paling terbaik adalah di Taman Len Sen, Cheras. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik. Tahap terbaik tu leeza bagi 10/10 bintang !! Burger Double kepunyaan Hero Leeza Servis memang SANGAT BAIK. Yang paling best, boleh call pak cik ni order then lepas tu datang pick up order. Menarik kan, tak payah susah-susah nak tunggu. Boleh makan kat kedai tu tapi pilihan air hanya ada air gas jer dan suasana agak romantik (maksudnya tak lah terang-benderang suasananya). Sepanjang pemerhatian leeza, selalunya memang ramai orang lah beli kat kedai pak cik ni. Tapi tak lah sampai orang beratur panjang, Roti John Milik Leeza ~ Perghhh Area Taman Len Sen, Dekat dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik, Ada Petronas berdekatan kedai pak cik tu dan berhadapan dengan gerai buah-buahan. TITIK SANTAI :: :: :: Leeza terasa nak pergi serbu kedai pak cik ni lah... Ouch.... Yummie nyer.. |
Malam Cinta Rasul <b>di</b> Dataran Merdeka - umno bahagian <b>cheras</b> <b>...</b> Posted: 10 Mar 2013 11:19 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Malam Cinta Rasul yang telah berjaya menarik seramai lebih 10,000 pengunjung di Stadium Badminton Cheras pada Januari 2013 yang lalu akan diadakan sekali lagi pada 23 Mac ini bertempat di Dataran Merdeka. |
Dua Kereta Mewah Hilang <b>Di Cheras</b> Ditemui Di JB | MyNewsHub Posted: 09 Jan 2013 02:26 AM PST KUALA LUMPUR – Dua kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI yang dilarikan dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Sabtu lepas, ditemui semula di Johor Baharu semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kereta Volkswagen Golf GTI itu ditemui di hadapan Tesco, Skudai manakala kereta Audi TT ditemui di Taman Seri Austin, kira-kira 40km dari Tesco berkenaan. "Kereta Volkswagen Golf GTI ditemui dalam keadaan tidak berkunci manakala kereta Audi TT ditemui dengan nombor pendaftaran Singapura dan berkunci," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. Beliau berkata polis percaya kedua-dua kes itu didalangi suspek utama kes kehilangan kereta mewah jenis Porche Panamera di Bukit Bintang Oktober lepas. "Meskipun suspek dibebas dengan ikat jamin polis berhubung kes lepas, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya itu," katanya. Sehubungan itu, polis kini memburu suspek utama Mohd Azri Mohd Kassim, 32, dan dua rakannya Abdul Raof Abdul Aziz, 44, dan Damanhuri Mohamad, 36. Abdul Raof dan Damanhuri mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kereta dan samun, katanya. Ku meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu supaya menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau hotline polis Kuala Lumpur (Rakancop) di 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan