Ahad, 24 Mac 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Hulu Selangor</b> Yakin Pertahan Parlimen <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 08:00 PM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Hulu Selangor Yakin Pertahan Parlimen, Kekalkan Tiga DUN

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU  SELANGOR, 18 Feb  – Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Hj Mohamed Idris Abu Bakar berkata, beliau yakin Parlimen Hulu Selangor mampu mengekalkan kerusinya yang dirampas daripada Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya kecil pada 2010 lalu dan juga terus mengekalkan tiga kerusi DUN.

Katanya, sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) menggerakkan 'bala tentera' untuk berkerja keras dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Justeru beliau berharap seluruh jentera khususnya Pemuda BN Hulu Selangor mewujudkan kesepaduan jentera penuh siapsiaga menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Tegas beliau lagi peranan jentera pemuda amat besar bagi membantu Selangor membetulkan 'papan kekunci' (motherboard) yang rosak pada 2008 dalam pilihan raya umum ke-12.

"Bangunkan pemuda sederap seirama di seluruh kampung dan bandar mengerakkan jentera bagi memastikan BN kembali merampas kuasa di Selangor.

"Motherboard kita yang rosak sudah dibaiki sepenuhnya dan mampu menang kembali di negeri tercinta ini," katanya ketika berucap semasa program  Pelancaran  Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor di Kelab Golf Bukit Beruntung petang Ahad.

Lebih 500 pemuda BN hadir dalam program ini. Hadir sama Ahli Parlimen  Hulu Selangor, P. Kamalanathan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Engku Salleh Engku Jamal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Engku Salleh Engku Jamal pula berkata, pemuda perlu mewujudkan dua gerak kerja baru iaitu bahagian poster dan jentera skuad bermotor dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, beliau optimis bahagian Hulu Selangor mampu menjadi kubu kuat BN di Selangor.

"Saya menyarankan pemuda terus bangkit dan melakukan kerja yang terbaik demi kemenangan BN di Selangor.  Marilah perkasa BN bemula sekarang tanpa menunggu arahan pihak atasan," katanya.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim pula berkata, kejayaan mengumpul ramai Pemuda BN di Hulu Selangor membuktikan mereka mempunyai semangat daya juang yang tinggi menghadapi pilihan raya.

Katanya, mereka bersedia membantu empat calon bakal bertanding di Hulu Selangor nanti bagi memenangi kerusi masing-masing.

"Saya sudah berjumpa dan mengarahkan jentera yang dilantik memikul tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kemenangan bergaya dalam pilihan raya.

"Usahlah mewujudkan polemik dan masalah dalaman parti. Kita mampu bangkit membetulkan kesilapan lalu demi Selangor tercinta," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 18 February 2013 12:00 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads