Ahad, 24 Mac 2013

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


headbomb: ceramah pas <b>di paya jaras</b> selangor.. gila ramai!!

Posted: 08 Mar 2013 10:02 AM PST

ramai tu kira ramai la.. juga.. sebab penceramah dia bukan main bersemangat beri kutukan dan cacian, pakai kopiah.. bermula naik sheikhnya dia pun kutuk rosmah.. kata beli bag rm100k.. beli cincin rm24 juta.. dan siap kata apa sebab najib takmau bubar parlimen tuan-tuan.. saya tau.. sebab najib dah goyang tuan-tuan.. aku ingat hadirim kasi tepuk lah.. rupanya buat bodo je.. lagilah naik sheikh penceramah tu... siap kata najib sekarang ni dah tak boleh tidur lena dah.. dah tunggu nak dikuburkan jawatan dia tu... hehehe... bukan main gempak si penceramah sembang... dan paling trill dia kata... kompom pakatan rakyat akan menang di pru13 ini dengan sokongan majoriti rakyat.. katanya.. oklah... ye lah majoriti ye.. hehehe

jom tengok gambar ceramah pada 8-03-13 bawah ni., secara logik di paya jaras.. kawasan kampung bandar yang padat penduduk di selangor ni.. dan si penceramah kata majoriti sah bersama pas????.. hehe aku nak tanya.. lah.. (gambar tak berapa clear sangat)

 erm kurang lebih 100-150 orang penduduk setempat hadir.. erk majoriti..????

kalau 5000 orang datang apa yang penceramah tu kata aku pun boleh goyang.. setakat 100-150 orang je.. ades.. camne tu..ehehe
ps: keadaan ceramah pas memang berbeza dari segi croud kalau nak dibandingkan pada zaman 2008 dulu.. serius.. minded pengundi dah berubah.. dan penceramah kata orang muda memang komferm menyokong pakatan.. aku agak hairan juga sebab yang ramai bapak budak, orang muda boleh kira dengan jari.... kesimpulannya.. kalau kubu kuat pas pun croud macam gini.. hehehe.. sah anuar ibrahim akan jadi pm la beb lepas ni.. cayok!! cayok!!!

SEDAPLAH MAKAN KAT GERAI PAK TAM <b>DI PAYA JARAS</b>

Posted: 19 Oct 2012 05:43 AM PDT

JALAN JALAN CARI MAKAN

Jarang2 sekali kalau Kjee makan di mana2 gerai, Kjee akan berpuas hati dengan senarai makanan yang disediakan. Kekadang satu dua jenis jer yang Kjee suka. Tetapi lain pula di gerai Pak Tam di Paya Jaras. Semuanya makanannya menepati citarasa Kjee.
Sayangnya, gerai Pak Tam ini tidak begitu strategik. Mungkin tidak ramai yang menyangka ada gerai makanan yang menyajikan makanan sedap di kawasan tersebut.
Mereka yang biasa dengan Pasar Malam di Paya Jaras, Sungai Buloh, perlu memandu terus melepasi tapak pasar malam itu hingga ke traffic lights. Selepas traffic lights yang sebelah kirinya ada bengkel, pusing kiri dan kira2 lima minit, akan jumpa sebaris kedai di sebelah kiri. Kemudian terus sedikit, sebelah kiri ada gerai Pak Tam.

Pak Tam ini orang Utara. Justru semua makanannya berbau Utara. Antaranya Nasi Kandar, Laksa serta Mi Rebus. Selain Laksa serta Mi Rebus yang Kjee anggap terbaik yang pernah Kjee rasa, Nasi Lemak Pak Tam jugak cukup sedap. Nasinya cukup lemak bertepatan dengan namanya. Dan lauk pauknya juga mewah. UnclePali pulak kata Nasi Ayam Pak Tam menarik.
Tetapi tiap kali ke gerai Pak Tam, UnclePali akan makan Nasi Kandar. Nasinya berwarna kuning sama seperti Nasi Kandar kalau Kjee makan di sebelah Utara. Nanti lain kali ke sana, Kjee ambil gambar Nasi Kandar Pak Tam.

Tagline Pak Tam ialah: "Kalau sedap beritahu kawan. Tak sedap beritahu Pak Wan". Ramai juga peniaga lain guna tagline sama. 
Masa Kjee mula2 ke sana dulu, Kjee makan Laksa (gambar lupa nak snap). Rasanya memang sedap. Cuma kuah laksa sejuk. Ini boleh patahkan selera. Komplen kat waitress dia mintak maaf, api dapur terpadam.
Kemudian kali kedua Kjee ke sana, Kjee order Mi Rebus. Awal2 Kjee mintak agar kuah yang dihidangkan panas. Mi Rebusnya benar2 menepati selera Kjee. Manis kuahnya dari keledek yang dibubuh didalam kuah itu.

Selain menjual Nasi Kandar, Nasi Lemak, Nasi Ayam serta Mi Rebus, Pak Tam juga menghidangkan mihun sup Utara, pelbagai jenis sup Utara serta makanan Thai. 
Kjee suka Lin Chee Kang Pak Tam sementara UnclePali pulak suka ABC. Mewah bahan2 dalam Lin Chee Kang dan jugak ABC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads