17Februari2013 : Irfan 6 bulan
Alhamdulilah, harini anak tersayang yang bambam dan omei genap 6 bulan. Kejab jer masa berlalu. Rasa sakit bersalin pun masih lagi terasa-rasa..iuwww !
Sebagai mama hujung minggu, aku bersyukur sangat dapat memberikan Irfan susu ibu hingga sekarang tanpa campur dengan susu formula !! Bayangkan aku cuma bagi direct feed kat Irfan hari Jumaat petang sampai Isnin pagi. Hari-hari lain aku di KL dan Irfan di Jenjarom. Sebab tu aku paling suka CUTI !! Dapat balik umah jumpa hubby dan Irfan !!
Masa baru habis pantang dan start keje, ramai juga yang mencadangkan supaya bagi Irfan susu formula sebab aku berjauhan dengan anak. Tapi sejak preggy lagi aku nekad nak susukan anak sampai 2 tahun, so tak cuba lagi mana tahu kan? Alhamdulilah, sampai sekarang susu badan banyak lagi, stok susu dlm freeze di KL dan Jenjarom pon banyak lagi. InsyaAllah, tak mustahil niat aku menyusukan anak sampai 2 tahun tercapai.
Ramai gak yang pelik macam mana aku yang duduk dekat KL dan jumpa anak hujung minggu, tapi mampu menyusukan anak tanpa campur dengan susu formula. NIAT !! Bila niat kita nak menyusukan anak, nekad melakukan dan berusaha..NO PROBLEM !! Satu lagi yang paling penting adalah sokongan dari orang tersayang. Alhamdulilah, hubby sangat2 menyokong. Almaklumlah, dapat jimat duit dari beli susu formula yang mahal2 kan? Aku pon dapat beli baju baru dengan bajet susu formula Irfan tu, best kan? hehe
Keluarga mertua pon sangat2 menyokong. Yela, nenek Irfan yang jaga budak ni memang senang hati tak payah susah payah nak bancuh susu bagai. Just cairkan susu frozen, then rendam dalam air suam. Senang je hidup kan? [smile] Ok la, tak leh cerita panjang2, Irfan tersayang ni sangat2 la manja asyik nak berkepit dgn mama dia jer. Macam tahu2 jer sok mama nak balik KL yer? Ala cian...
~ Irfan yang sweettt..mmuanx!~
~ Mama gonna miss u dear.. ~
~Cikgu Norazimah suka ESP yang membanyakkan & memekatkan susu..hehe~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan