Isnin, 25 Mac 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Jalan Jalan Cari Makan : Seafood <b>Di Kuala Selangor</b> - supermeng <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 08:00 AM PST

Jom gi makan lagi.
Macam biasa, hantu seafood suka makan seafood. Jangan sampai ke gout sudah.

Destinasi nak pegi makan? 


"Bukan. Ada satu tempat. Dekat Pasir Penambang"
"Tak cuba mana nak tau. Dulu kita dah pegi tapi tak jadi masuk"|
OK. Aku malas komen part tu. Sama macam makan di Fatty Crab atau di Chillis, atau dia mana mana resto pun. Aku ada baca, menunya halal cuma memang ada jual alcohol.

And we decided to go to Kuala Selangor.

Lagi????

* pitam


Mendung tak beerti hujan. Ikut Latar


Sebab masih awal lagi, then kita orang decide nak ke Tanjung Karang.

Nak buat apa? Nak selesaikan 3 misi yang gagal tempoh hari.
1. Beli mangga tepi jalan.
3. Tengok sawah padi Nur Kasih.
1 dengan 2 tak jumpa sebab jauh ke belah atas Sekinchan lagi. Jadi kami singgah di Sekinchan dengan harapan nak cari pokok dalam cerita Nur Kasih.
Siap google.  Semua blog claim Nur Kasih shooting kat kampung masing masing, tapi tengok gambar macam tak sama pun.
Rumah dia di Kampung Gulang Gulang. Jumpa kampung ni, tapi tak singgah.
Lokasi lain, di Sungai Burung, Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang, Sawah Padi Haji Dorani dan Kampung Sungai Limau.
Kami cuma sempat ke Kampung Sungai Burung sekali lagi.
Haram tak jumpa pokok tu.
"Ntah ntah dalam studio je kot Yang?"




Gigih ni tak de keje dan buang masa.

Siap usha youtube.


"Haa. Nampak ni ada pencawang letrik"
"Tu sana tu pencawang letrik. Tapi pokok ni kat mana?"
"Ntah ntah dah kena tebang"

Macam macam spekulasi. Siap tengok bumbung rumah la apa lah.
Kesimpulannya. Misi tetap gagal lagi.

Abaikan jari jari yang mongel
Boleh tak sapa sapa bagitau kat mana pokok ni berada? Exact lokasi !! 
Selagi tak dapat selagi tu aku tak puas hati !
Tapi cuba tengok gambar ni?

Ha.. Macam nak sama je eh pokok dia?
Hahahah. Tapi ni bukan kat Sekinchan dah. Dah nak maghrib tu kami pun blah, balik semula ke Kuala Selangor dan singgah di Pasir Penambang.
Ni tujuan utama hari ni. Makan di River View Restaurant.
Layan view dulu. Agak menarik.


Bukit Malawati, Kuala Selangor

Oh, boleh pegi tengok kelip kelip juga dari sini. 

Kami sampai lepas maghrib tu tak berapa ramai orang lagi. So boleh dapat seat terus.

Macam macam orang ada. Arab. Melayu. Cina. India.

Apa lagi, order la untuk santapan perut yang kelaparan.

Kami order Telur Dadar, Nasik Goreng Cina untuk Hero, Lain lain Nasi Putih. Baby Kailan, atas tu Bawang Putih dengan Cili Burung. 
Air. Fresh Orange Asam Boi, Tembikai dengan Apple Juice.
Dan ini menu menu utama yang kami order.
Ayam Sweet Sour sebab Hero tak berapa suka seafood. Recommended : 9/10

Butter Crab. Recommended 9/10

Sotong Goreng Tepung. Agak liat sikit tapi tasty. 8/10

Butter Prawn. Recommended. 9/10

Soooooooooooooooooooooooooo sedap ! 2 thumbs up.

"Sedap Yang. Abis kalah semua kedai seafood yang kita pernah pegi sebelum ni"
So, Aroma, Jeram, Bagan Lalang. Bye bye ! We found the best seafood in town. Eh. Kat Kuala Selangor. Jauh skit lah.

Sampai pekan Kuala Selangor, Ada jambatan. Lepas cross jambatan tu ada tulis Pasir Penambang. Masuk je belah kiri tu then nampak la kedai kedai kat area tu. Kawasan tu macam kawasan perkampungan Cina sikit.

Kalau jumpa Ong Kau Ba Kut Teh ni kira dah dekat la ni. Dah nak ada Ong lah tu.

Hmm untuk semua tu, RM136. Kira OK considering ketam tu saja RM52. Tapi ketam tu memang gemuk dan memang tasty.

Kami makan sampai abis. Tinggal tukul tu je dalam pinggan. 
Recommended ! Menunggu pun tak de lama mana.
Puas hati walaupun tak dapat mentarang dan tengok sawah padi Nur Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads