Khamis, 21 Mac 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


relakslah sekejap: bersantai <b>di jeram</b> pecah batu, terong <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 06:12 PM PST

Jumaat baru-baru ni, saya bersama Intan dan tunangnya telah membuat perancangan ke Taiping.  

Sebenarnya, agenda utama adalah mak abah dia suruh balik makan durian.  Durian Perak tu, yang sah-sah tersedap. Bertolak pukul dekat pukul 5 petang.  Sampai ke Taiping dah malam.  

Bila dah sampai, mak dia jamu makan malam gulai udang galah yang dipancing abang Fawwaz di Jelebu.  Sedap, manis sebab segar lagikan.


Lauk banyak kat depan mata, tapi malu nak jamah.  Mujur abah si Fawwaz dia cedok dan masukkan dalam pinggan saya.. hehehe... sukanya sebab dapat makan udang lagi... betul la kata orang, malu takkan kenyang. 
Esoknya bercadang nak ke beberapa air terjun atau jeram di Taiping.  Tapi, paginya saya dan Intan belajar membuat pucuk ubi masak tempoyak.  Pergh... Terbaek dari ladang.  Pandai betul mak Fawwaz masak.  Apa lagi, sayapun tumpang sekaki la belajar.


Abah si Fawwaz pula mengajar kami cara-cara nak memotong daun ubi dan kaduk serta serai.  Kena hiris halus.  

Dah siap masak, mak Fawwaz sempat lagi buat nasi ayam.  Mak ai, rajin betul.  Itu dalam dok payah nak jalan sebab tak sihat.  Rasa serba salahpun ada, tapi, rumah orang takkan nak pi memandai nak masak kan?
Ha, lepas makan, zass kami mai di sini.  Memang saya terjerit-jerit kecil dengan Intan.  Tak lepas mulut asyik dok puji, wah cantiknya, wah terbaek dari ladang... ladang apa? tah... dah terikut moto abah si Fawwaz. 
Sampai di sini, rupa-rupanya ada kawan-kawan si Fawwaz, apa lagi, Intan terus zusss berendam.  Saya tak turut serta sebab saya tak berapa suka kalau setakat sejam dua, buat basah baju jer. 



Memang, saya teruja sangat sebab jeram di sini, sudahlah air jernih, kawasan besar untuk berendam dan belajar berenang kalau nak.   Macam saya tak pandai nak berenang, suka la kan..

Tapi, masa yang singkat kami singgah di situ memang menyeronokkan, tambahan pula, kepala si Fawwaz tu dah merancang buat piramid manusia dengan budak-budak yang dah lama mandi kat situ.



Tu dia, depa dah bertukar jadi tarzan.  Intan setakat tengok je la.. ye la takdak geng mandi dengan dia, tapi, oklah tunang dia ikut sertakan. 




huh, kreatif bebudak ni bermain-main di sini. 

















Tu dia, depa dah buat piramid manusia.  Sebenarnya ambil masa la juga sebab bukan ringan budak-budak ni.  Yang dok paling bawah dok menjerit, woi cepat la sakit bahu aku ni.  Hahaha







Akhirnya berjaya la juga depa buat beberapa kali.  Seronok tengok depa.  



Sebenarnya, sepanjang berada di jeram Pecah Batu ni rasa macam tak mau balik.  Kalau nak bermalam di sinipun boleh.  Indah sangat pemandangan di sini.  

Tak pa, lain kali boleh mai lagi.  Buat perancangan betul-betul, kena pi awai lepas sarapan.  Barula seronok.

Memang betul la, bila kita berada di jeram memang rasa tenang dan aman.  Ringan kepala.   Jiwa pun tenteram.  Ha, ni baru kat sini, syurga dunia.  

Bayangkan kalau syurga di akhirat nanti?  Syukur kepada Allah.



































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads