Selasa, 19 Mac 2013

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Pilihan Anda: Jemaah gempar, surau <b>di Klang</b> jadi sasaran dua das <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 08:18 PM PST

|

SHAH ALAM - Sepuluh jemaah yang sedang bersedia untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka kemudiaannya terkejut selepas cermin surau yang menghadap jalan utama pecah.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah cermin tersebut.

"Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'.

"Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadap jemaah.

Ketika ditanya adakah tembakan itu disasarkan terhadap individu tertentu yang berada di dalam surau, beliau berkata, motif tembakan masih dalam siasatan.

"Keterangan 10 jemaah sudah direkodkan bagi membantu siasatan. Motif sebenar tembakan itu masih belum dapat dipastikan," katanya.

Mohamad Shukor berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di lokasi berhampiran surau berkenaan tidak dapat merekodkan kejadian tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 1:20 PTG. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads