12 di rawang - Google Blog Search |
homelicious: Raya Cina <b>di Rawang</b>.. Posted: 12 Feb 2013 04:00 PM PST Salam , Waaa...laya cina maaaa...ibu pun sama laaa, sampai tak sempat nak update blog. Cuti panjang this time , kami tak keluar kemana2 pun , tak plan bercuti ke mana2,sebab baru balik dr KT last week kan ..so dalam kepala memang plan nak duk rumah jer anak beranak. Tapi akhirnya, tak duduk rumah jugak, 3 malam spend kat Country Homes Rawang, rumah baru Nana..errr rumah sewa baru actually. Hari tu dia menyewa kat Green Valley , Rawang, tak sampai sebulan, rumah tu haunted..so pindahlah pulak ke rumah lain . Dia plan nak pindah masa cuti raya cina, nasib laaa kan , semua ada pulak, so semua adik beradik papa berkumpul kat sana. Mama and ayah tiba KL Jumaat after work tu. Malam tu mama tidur rumah kita. Ngah anak beranak pun datang tidur sekali. Budak berdua yang sibuk atas katil ibu.. After breakfast Sabtu tu, Ngah anak beranak dah gerak nak shopping kat Kenanga, bibik Ayu ikut sekali sebab ibu memang kasi dia cuti sampai Selasa. Dia nak ke Chow Kit ada urusan, so tumpang la Lin. Ayah n mama pulak gerak ke rumah Nana. Masa dorang keluar tu rupanya dah pukul 1 pm, masa lepas breakfast masing2 duk sembang tak sedar waktu.Lepas semua keluar rumah, baru papa perasan dah waktu lunch, kami tak masak apa pun . Mama n Lin semua g makan kat luar n terus ke destinasi masing2 la. Kita yang dalam rumah ni blank...nak keluar makan kat kedai memang malas. So ibu godek apa kat dapur , nampak ada spagheti, ada sos prego n ada burger ayam...ok la, quick lunch. Tak sampai 15 minit, siap!! Budak berdua ni laaa paling enjoy spagheti. Comot momot dah muka. Masa tengah makan, papa dengar berita yang jem teruk otw nak ke Rawang. Ibu suh papa call mama bitau. Memula papa refuse sebab katanya mama maybe dah halfway, but ibu kata cuba jer la. Nasib baik call,mama rupanya tengah makan lagi kat Putra Height with Lin . So bila papa inform pasal jem tu, mama n ayah decide balik semula ke rumah kita. Dia ajak kita semua pergi sekali jer malamnya. Lin n Ngah bawak budak2 semua , gerak jugak ke KL. So petang tu, kita semua layan citer hindi, Veer Zara, n dah habis citer, ibu gorengkan cempedak..kebetulan ada dua biji lagi yang bawak balik dr KT hari tu. Dah lepas minum petang, baru kita gerak.Naik sebuah kereta jer..ayah tinggal kereta dia kat rumah kita. Start dari Sabtu malam tu sampai la Selasa pagi2, kita semua berkampung kat rumah Nana. Penat juga laaa menolong orang pindah barang n nak set up rumah baru kan, but budak2 happy laaaa semua sebab semua berkumpul kat sana. Lin balik dr KL pun terus ke rumah Nana petang tu and dia balik ke rumah dia Monday. Kita jer anak beranak stay sampai Selasa. Ibu lupa nak snap pic sepanjang kat sana. Besar betul rumah sewa baru Nana, n cantik . Siap dengan modern kitchen cabinet dah complete. Senang la mama nak masak kalau duk umah Nana nanti..kita semua nak berkumpul pun dah ada tempat hehehe. |
You are subscribed to email updates from di rawang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan