12 di sepang - Google Blog Search |
Ujian MotoGP kembali bersambung <b>di Sepang</b> ABN News | BM Posted: 26 Feb 2013 12:39 AM PST SELANGOR – Berehat hampir dua minggu, kini tiba masa bagi pelumba dan pasukan kelas utama MotoGP menyambung ujian rasmi pra musim kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa. Memanfaatkan persaraan bekas rakan sepasukan juga juara dunia 2007 dan 2011 Casey Stoner, penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa sekali lagi membuktikan beliau benar-benar mahu mencabar kejuaraan dunia kategori penunggang musim ini apabila memimpin senarai awal catatan terpantas pagi Selasa. Mengetepikan catatan juara bertahan Jorge Lorenzo, Pedrosa sekali lagi bermula baik apabila merekokan masa terpantas sehingga jam 2 petang tadi dengan catatan 2 minit 01.580 saat. Pedrosa yang berusaha melengkapkan lebih banyak pusingan bersama jentera baru RC213V, disertai rakan sepasukan Marc Marquez yang muncul penunggang ketiga terpantas selepas mencuba penyelarasan motosikal pernah digunakan pada ujian pertama di Sepang sebelum ini. Bagi duo Yamaha Factory Racing Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi, kedua-duanya menamatkan sesi sebelah pagi di kedudukan kedua dan kelima keseluruhan. Ini adalah catatan paling lemah direkodkan Rossi setakat ini berbanding rakan sepasukannya itu. Bekas pasukan diwakili Rossi musim lalu, Ducati pula telah tampil dengan tangki bahan api baru untuk dicuba dua penunggang mereka Andrea Dovizioso dan Nicky Hayden. Meski memperbaiki catatan masa, Dovizioso dan Hayden dilihat masih terlalu jauh untuk menyaingi kelompok hadapan apabila sekadar berkedudukan slot kelapan dan kesembilan terbaik hari ini. Berbeza dengan pelumba Monster Yamaha Tech 3, Cal Crutchlow, meneruskan persembahan terbaik sejak awal Februari di kedudukan keenam, dengan muka baru MotoGP juga rakan sepasukan Crutchlow, Bradley Smith melakukan perkara sama bagi mengukuhkan kedudukannya dalam kempen kelas perdana. Tidak ketinggalan menguji jentera di litar adalah barisan penunggang ujian bagi tiga pasukan pengilang. Yamaha antaranya mempertaruhkan dua penunggang Katsuyuki Nakasuga dan Wataru Yoshikawa manakala Honda dan Ducati masing-masing diwakili Takumi Takahashi dan Michele Pirro. Mengetuai barisan penunggang CRT pula adalah pelumba Power Electronics Aspar's Aleix Espargaro ditempat ke 12. Meski berdepan kemalangan kecil, catatan dilakukan Espagaro tidak jauh bezanya apabila sekadar dibezakan 2.3 saat dari pendahulu, Pedrosa. Menuruti beliau bagi kelas pelumba CRT adalah Hiroshi Aoyama di kedudukan ke 17 bersama jentera pasukan Avintia Blusens manakala lain-lain pelumba seperti Randy de Puniet, Danilo Petrucci, Karel Abraham dan Yonny Hernandez masing-masing sekadar melngkapkan ujian sebelah pagi. Sesi ujian pra musim kedua MotoGP di Sepang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Februari 2013. Jadual rasmi Ujian MotoGP di Sepang 26/02 – Selasa: 10am – 6pm 27/02 – Rabu: 10am – 6pm 28/02 – Khamis: 10am – 6pm |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan