12 di sungai pelek - Google Blog Search |
BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search Posted: 14 Mar 2013 03:11 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
DAP <b>Sungai Pelek</b> Diberi 14 Hari Perjelas Salah Guna Kuasa Posted: 18 Mar 2013 12:27 AM PDT
KUALA LUMPUR 18 Mac - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) N56 Sungai Pelek, Sivakumar Periasamy dari DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan dakwaan salahguna kuasa dengan membelanjakan dana DUN tersebut secara tidak berhemah. Bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang R.Vellasamy berkata, tempoh tersebut diberi kepada Sivakumar sebelum laporan polis dibuat berikutan beliau tidak mengagihkan peruntukan secara adil yang hanya mengutamakan kroninya sahaja. "Banyak kuil yang berdaftar tidak dapat peruntukan tersebut, sebaliknya kuil yang tidak berdaftar diberikan peruntukan kerana kuil yang tidak berdaftar ini adalah kroni-kroni beliau." "Dikawasan sendiri DUN Sungai Pelek pun dia tidak salurkan peruntukan macam mana Sivakumar boleh menyalurkan peruntukan di DUN N54 Tanjung Sepat untuk membina pintu gerbang "Stainles Steel" laluan utama ke Taman Teluk Merbau," katanya kepada pemberita hari ini. Tambah Vellasamy, peruntukan yang diberikan hanya kepada orang yang dikenali dan rapat dengan beliau dan ada penerima ada kaitan tali persaudaraan.
Sivakumar turut didakwa menggunakan peruntukan tersebut bagi melaksanakan tujuan politiknya serta kepentingan individu tertentu. "Kami ada bukti penerima mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat dan salah seorang darinya seorang petugas di Pusat Khidmat Masyarakat N56 Sungai Pelek." "Oleh itu, dipercayai Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai penyelaras DUN dengan mengagihkan wang peruntukan untuk kepentinagn kroni-kroni beliau dan secara jelas melanggar dasar kerajaan Negeri Selangor," kata Vellasamy. Jelasnya lagi, sumbangan yang dijanjikan oleh ADUN Teratai Jenice Lee sebagai peruntukan untuk menyambut perayaan Deepavali masih belum diterima walaupun telah diluluskan. Vellasamy turut menjelaskan, segala dokumen mengenai hal tersebut telah dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendesak supaya Sivakumar disiasat dengan kadar segera. |
You are subscribed to email updates from di sungai pelek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan