Jumaat, 26 April 2013

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BERSAMA MAZIDUL: &#39;ISTANA&#39; ACIT

Posted: 16 Mar 2013 11:27 PM PDT

Perhatikan kawasan penempatan di Desa Temuan,  Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. 
Gambar di atas saya rakamkan tatkala berkunjung ke kolam memancing ikan di kawasan agak tersorok itu. 
Terasa pelik, bagaimana kolam memancing beroperasi di bawah kabel elektrik bervoltan tinggi, buat sekian lama.  Kini kolam itu, majoriti dikendalikan oleh pekerja berasal dari Bangladesh terbabit telah dipagar.
"Siapa tinggal di pondok itu?," soal saya kepada pekerja.
Kami memandang ke arah pondok usang di luar kolam memancing diusahakan oleh peniaga Cina.
"Acit, orang Asli, saya tengok dia tinggal di situ, kira-kira empat tahun," balasnya.
Ketika itu saya terlihat kelibat lelaki berambut unik mundar-mandir di pondok sempit itu.
"Farid, tolong dapatkan maklumat sedikit," pinta saya.
Mohd Farid Hamzah, rakan, juga anak anggota polis  dan kini menetap di Kota Damansara. Sikap peramahnya, tentu berguna untuk mencungkil maklumagt sebenar.
"Nama saya, Jamaludin Jantan atau Acit, lahir pada tahun 1960 di sini, Kampung Bukit Lanjan. Emak saya dahulu dapat rumah banglo tetapi selepas dia meninggal dunia, adik saya dan keluarga dia tinggal di rumah itu," kata Acit.
"Mengapa tidak tinggal bersama mereka?," soal Farid.
"Budak ramai, anak adik. Bising. Jadi saya membina pondok ini," balasnya.
Acit, anak kedua daripada empat beradik dan kini tinggal bersama 8 ekor anjing peliharaannya.Semua anjing ditempatkan di ruang bawah pangkin tempat Acit meletakkan selimut dan beberapa barang miliknya.
"Kalau malam, Acit  tidur di mana?," celah saya.
"Kekadang tidur di atas pangkin ini tetapi panas, jadi saya tidur di atas pasir di luar. Sambil berbaring, boleh melihat bulan dan bintang, tenang fikiran," balasnya.
Acit bukan beragama Islam.
"Kalau masuk Islam, ada juga orang datang membantu, bagi duit. Masuk Kristian pun samalah," jelasnya.
Menjelang Pilihan Raya ke-13, Acit meluahkan komennya sambil direkodkan oleh Farid menggunakan perakam audio Sony.
"Kena pilih yang sebelum inilah," ujarnya.
"Barisan Nasional?," tanya Farid.
Pakatan Rakyat, PR  memerintah Selangor, sejak kira-kira 5 tahun lalu. Jika pemimpin Barisan Nasional atau PR ingin mengetahui rasionaliti di sebalik kenyataan itu, molek jika mereka mengunjungi Acit dan bertanya sendiri dengannya.
"Makan apa hari ini?," soal saya.
"Ini, ikan. Ada orang bagi tadi, saya masak. Nasi tidak ada," katanya.
Menurut Acit, sebelum ini dia bekerja di kilang, kini mencari barangan lusuh, sepeti besi terpakai.
"Kalau rajin boleh dapat juga di antara RM20 dan RM30 sehari, kekadang RM6 sahaja. Bolehlah, lagipun  saya masih bujang. Itu di belakang, kebun saya," katanya.
Apapun cerita di sebalik kehidupan Acit, 'istana' dibinanya dipamerkan secara semulajadi kepada masyarakat.
YB ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mungkin tidak pernah ke lokasi itu kerana agak jauh dari jalan utama.
Jika orang YB sudi mendekati Acit, jelaskan sekali, bagaimanakah kolam mamancing ikan dibenarkan beroperasi di bawah kabel bervoltan tinggi itu. Pada masa sama, papan tanda Tenaga Nasional Berhad dipacakkan di lokasi sama hanya menjadi hiasan rumah pekerja warga asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads