12 di sekinchan - Google Blog Search |
GEMPAR #GE13!: BALAI RAYA BN <b>DI SEKINCHAN</b> TERBAKAR! Posted: 23 Apr 2013 09:04 PM PDT Pagi tadi rakan RMK kirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan terbakar pada bahagian dinding luar Balai Raya Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor. Semalam heboh isu letupan di ceramah BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pagi ini pula, kesan terbakar jelas kelihatan di balai raya BN di Sekinchan pula. Apa maksud ini semua?? [KEMASKINI 2.00 petang] |
Bilik gerakan BN <b>di Sekinchan</b> dibaling bom petrol ABN News | BM Posted: 24 Apr 2013 01:59 AM PDT SHAH ALAM – Bahagian depan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan terbakar, dipercayai dilempar dengan dua bom petrol, pagi tadi. Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor, SAC, Hasanuddin Hassan, kejadian itu disedari oleh penduduk kampung pada 4 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada pemilik bangunan yang didirikan di atas tanah persendirian. Jelasnya, kebakaran tidak serius cuma beberapa peralatan milik BN seperti bendera dan banner turut terbakar namun tiada sebarang unsur pecah masuk dikesan di bangunan berkenaan. Siasatan polis, katanya mendapati ada unsur khianat apabila terdapat dua botol kaca yang dipercayai diisi petrol di tempat kejadian. "Kemungkinan pihak terbabit hanya lalu di depan bangunan dan baling bom petrol itu, memandangkan jarak antara bangunan dengan jalan raya adalah empat meter sahaja," katanya pada sidang media di sini. hari ini. Hasanuddin berkata, tiada saksi yang melihat aktiviti mencurigakan sebelum kejadian itu dan hingga kini tiada tangkapan dibuat. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. |
You are subscribed to email updates from di sekinchan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan