12 di bukit raja - Google Blog Search |
- Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b>
- JJCM ~ Makan <b>di</b> Johnny's AEON <b>Bukit Raja</b>, Klang - Kasih Nan <b>...</b>
- Hangit Blog: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>
Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b> Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT KLANG 21 MAC : Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja di sini dengan pembinaan rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan berhampiran. Pembinaan projek perumahan itu dijayakan dengan kerjasama pemilik hartanah, Sime Darby Property Berhad (Sime Darby) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata persetujuan dicapai antara Kerajaan Negeri dan Sime Darby bagi pembinaan projek perumahan ini. Sebelum ini, 76 bekas pekerja tersebut memnuntut rumah teres daripada majikan mereka kerana rumah asal yang dijanjikan kepada mereka tidak sesuai. Kumpulan itu akhirnya terpaksa membawa kes mereka ke mahkamah. "Rumah ini dijual kepada bekas pekerja ladang dengan harga RM 70,000 iaitu diskaun RM 7,000 dari harga asal RM 77,000. Untuk makluman harga pasaran sebenarnya ialah RM 250,000. "Biarpun ada masalah pada awalnya termasuk kes mahkamah tetapi ia dapat diselesaikan dan semua 76 bekas pekerja ladang ini akan memiliki rumah mereka. "Semua mereka juga sudah memilih nombor lot rumah untuk diduduki," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan di Bandar Bukit Raja di sini hari ini. Bagi bekas pekerja ladang yang lanjut usia, beliau menambah, Kerajaan Negeri membolehkan mereka menamakan pewaris di dalam dokumen perjanjian bagi mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan. Katanya, projek itu juga adalah salah satu dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Sime Darby. "Sime Darby turut menyediakan kawasan bagi padang permainan dan dewan di kawasan ini. "Dalam lima tahun ini kita telah selesaikan banyak kes seperti ini di beberapa kawasan lain seperti di Semenyih dan Kajang," katanya. Pendapat Anda |
JJCM ~ Makan <b>di</b> Johnny's AEON <b>Bukit Raja</b>, Klang - Kasih Nan <b>...</b> Posted: 07 Apr 2013 05:25 PM PDT Ari tu tingin benar nak try makan kat pakcik Johnny's.. Sbb ramai yg kata sos dia terbaeekk... Pastu ari tu babah tanya nak mkn apa.. Dah di tanyakan...so..bagai mengantuk disorongkan bantal.. terus ibu ckp nak mkn kat Johnny's.. Terus babah bwk gi AEON Bukit Raja.. Mmg first time KAMI mkn kat sini.. tp sbb ibu dah buat survey terlebih dahulu.. So..semua urusan mengorder..ibu yg bertanggungjawab.. KAMI ambik Thai Steamboat Set B.. Boleh tahan gak...nampak mcm ckit.. Tp serius..mmg betul2 sendat perut.. Kononnya order nasi Goreng buat bujang ibu... Tp..tak diterima oleh si bujang.. Ibu ngan babah yg abiskan.. Bujang ibu..bujang babah juge.. Sbb mengutamakan bujang ibu.. Sungguh berselera bujang makan ari tu.. bermangkuk2 sup dia hirup.. Maknanya lulus ditekak bujang... Total kami makan malam tu RM 45.50.. OK la..harga yg boleh diterima.. Memahal sgt..mmg ibu tak luluskan.. Overall..mmg best..sos dia..mmg sedap.. Lenkali..boleh makan lagi.. |
Hangit Blog: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b> Posted: 14 Jan 2013 07:40 AM PST Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti? Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah. "Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan. Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin? Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini. Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam. Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead. Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa? Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa. Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia. Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak. "Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar. Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'. IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'?OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat. "Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama. Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from di bukit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan