Jumaat, 12 April 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


relax kedai kopi: semakin panas <b>di Hulu Selangor</b>

Posted: 10 Apr 2013 02:06 AM PDT

   Semakin panas di Hulu Selangor . Ini semua gara - gara  soal calon . Terbaru  calon PKR  di protes olih ahli - ahli pkr . Sdr Khalid Jaafar selaku penyelaras DUN Batang Kali  di sebut sebagai calon  Parlimen Hulu Selangor  mewakili  PRK  ( Pakatan Rakyat) , ada berita sdr Khalid Jaffar telah mencadangkan  sdr " Rama " ( tak pasti nama sebenar ) sebagai calon DUN Batang Kali. Ini menimbulkan ketidakpuasan sebilangan ajk cabang  Hulu Selangor. Khalid Jaafar  seorang MPP Keadilan menjadi penyelaras DUN selepas " Cikgu Nasha ". Dari awal ramai yang berkata sdr Khalid tidak sehaluan dengan kepimpinan cabang. Namun sebagai  MPP kemesraan yang di tunjukan  tidak begitu mesra di pandangan umum. Bila di  umumkan sebagai calon , ajk cabang bersetuju  tetapi kepimpinan  PKR pusat terlepas pandang  perasaan hati ajk cabang. Ini menyebabkan  calon - calon dari cabang tidak di ambil kira olih pimpinan pusat PKR. .Khalid Jaafar, Pengarah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, IKD (Institut Kajian Dasar). Nazar Yakin - Ketua cabang PKR Hulu Selangor  juga ada potensi di calonkan. Berpendidikan tinggi dan pernah menjawat jawatan dalam sektor awam dan swasta.
Dan beberapa calon juga bolih  di tonjolkan di Batang kali  seperti  sdr Razali Mokhtar , Rohemey  mungkin juga sdr Mustafa  ( timbalan ketua cabang ).


Masih belum terlewat buat PKR meneliti perkara ini kerana penamaan calon pada 20 April 2013

relax kedai kopi: Pergolakan <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 08 Apr 2013 09:45 PM PDT

       Bahagian Hulu Selangor di istilahkan sebagai  kubu  kuat BN / UMNO.  Pada PRU 12 parlimen Hulu selangor jatuh ke tangan PKR . Kemudian setelah kematian  MP Hulu Selangor Prf Zainal  Abidin Ahmad , PRK  Hulu Selangor di menangi semula olih BN  ( MIC ) . Punca kekalahan  Parlimen Hulu Selangor juga  sebotaj  umno untuk mendapatkan kerusi parlimen Hulu Selangor.
 Dato Idris Bakar selaku ketua bahagian UMNO yang telah tiga penggal  sebagai ADUN Hulu Bernam dikatakan tidak pertanding lagi.  Beberapa nama  tersenarai sebagai calon . Dua nama terkanan adalah ketua wanita  Hulu Selangor( Pen.Setiausaha Wanita UMNO Malaysia)  dan Sdr Khairuddin AJK Pemuda Hulu Selangor ( Berkhidmat dengan Dato Ahmad Mazlan di JPM)
Walaupun  ada ura-ura ketua wanita di calonkan , pengundi lebih cenderong kepada sdr Khairuddin . Ini mungkin dari beberapa faktor isu yang di timbulkan .Jika  ingin  keselesaan dalam PRU 13 ini  ada baiknya sdr Khairuddin sebagai calon dari cerita yang di sembangkan di kedai kopi.


Dun Batang Kali ada ura-ura untuk di ganti calon dari penyandang sekarang. Dato Isa Abu Kasim baru sepenggal  berkhidmat. Dalam situasi Selangor di perintah olih Pakatan Rakyat  , Dato Isa di kira telah memberikan khidmat terbaik selaku ADUN. Namun ramai percaya  perbualan  pertukaran calon ini ada kaitan dengan politik dalaman UMNO sendiri.Nama yang di canangkan adalah SU UMNO BAHAGIAN. Pada pandangan saya jika perkara ini benar terjadi , akan melihat satu perebutan yang sengit dalam pemilihan UMNO akan datang kerana dua - dua jawatan utama di anggap kosong kerana penyandang bukan lagi wakil rakyat.

Setiausaha UMNO Bahagian bukan tidak ada potensi sebagai calon. Malah kelulusan juga cukup tinggi. Cuma maaf cakap , dari  cerita kedai kopi menganggap lebih mirip tokoh koperat. Mungkin segi pentadbiran cukup bagus , sebagai tokoh pentadbir di CIMB .... namum  dalam khidmat masyarakat , rakyat menilai dari sudut lain.Walau apa pun pucuk pimpinan UMNO lebih mengetahi akan apa yang berlaku dalaman umno sendiri.

MP Hulu Selangor juga di katakan dalam keadaan kontaversi.Mungkin di tukar juga dengan calon lain. Ada yang mengatakan mahu anak tempatan . Tapi jika di lihat dari satu sudut , perkara ini tidak patut berlaku. Kami Tolak MP Hulu Selangor Membela Petualang - Tukar!!  .  
Sudah pasti perkara ini di uruskan olih orang politik juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads