Sabtu, 6 April 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Sekolah Menengah Teknik Islam Bakal Dibina <b>di Ijok</b>

Posted: 02 Feb 2013 02:00 PM PST

BESTARI JAYA 3 FEB : Penduduk di DUN Ijok di sini bakal memiliki satu lagi kemudahan pendidikan terbaik dan berkualiti apabila cadangan untuk pembinaan Sekolah Menengah Teknik Islam bakal direalisasikan dalam jangka masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, butiran lanjut berkenaan pembinaannya itu nanti akan dimaklumkan dari masa ke semasa sebagai usaha meningkatkan keupayaan pelajar bagi memiliki kemahiran yang diperlukan.

"Ramai anak-anak muda yang kurang dari segi teknikal jadi ada sesetengahnya yang tidak tertarik dalam bidang akademik tetapi sangat berminat dalam kemahiran teknikal.

"Jadi dengan itu kita dapat mengurangkan keciciran mereka yang tidak mempunyai kemahiran mereka demi kerjaya mereka di masa hadapan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di sini.

Sebelum itu, beliau bersama-sama penduduk di Jaya Setia dalam Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di pekarangan Masjid Jamiul Hasanah Jaya Setia di sini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid yang diterima oleh Penasihat Masjid, Othman Badaei.

Sementara itu menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki ketika dihubungi berkata, tapak pembinaan untuk sekolah berkenaan sedang dikenalpasti yang dijangkakan berkeluasan kira-kira 30 ekar.

Ujarnya lagi, kos anggaran pembinaan sekolah berkenaan adalah kira-kira RM50 juta tidak termasuk harga tanah.

"Kita sudah ada baru satu mesyuarat dan mesyuarat lanjut akan dijalankan dalam masa terdekat.

Katanya, kemungkinan nanti sekolah itu nanti akan diuruskan di bawah kendalikan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kalau kita hendak bina kita akan membinanya mengikut kehendak Kementerian Pelajaran yang lengkap dari segala kemudahannya," ujarnya.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads