Rabu, 24 April 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


warga <b>kuala selangor</b> mau terus kekalkan kerajaan pr <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 22 Apr 2013 07:17 AM PDT


Ceramah DSAI di Dataran Sun Inn, Kuala Selangor, Selangor malam ini adalah bukti kukuh  betapa rakyat Selangor secara keseluruhannya mau kekalkan Kerajaan PR Selangor dan Ubah Putrajaya.

Tempat dikira separa bandar pada lazim menjadi lubuk dan kubu kuat UMNO para penduduknya sudah beralih angin ke PR.

Walaupun Parlimen Kuala Selangor dimenangi calon PAS/PR pada PRU 2008 yang lalu namun kali ini rakyat bukan saja mau kekalkan kemenangan tersebut malahan memberi majoriti yang lebih besar.

Fitnah pelbagai yang dilemparkan oleh UMNO terhadap Kerajaan PR Selangor langsung tidak diratah dan dimamah sedikit pun oleh rakyat Selangor...Mereka bijak menilai antara intan dan kaca...Berita benar dan palsu.

KEKALKAN SELANGOR UBAH PUTRAJAYA!!!!!


Senarai calon BN <b>di</b> kerusi Parlimen dan DUN <b>Kuala Selangor</b>.

Posted: 21 Apr 2013 12:37 AM PDT

P96 KUALA SELANGOR : Dato' Haji Irmohizam Haji Ibrahim
N12 JERAM : Dato' Amiruddin bin Setro
N10 BUKIT MELAWATI : Saudara Jakiran Jacomah
N11 IJOK : Cikgu K.R.Parthiban

Calon Dewan Undangan Negeri, N12 Jeram, Amiruddin Setro bersalaman dengan penyokongnya selepas menyerahkan borang pencalonan di Stadium Kuala Selangor, di sini semalam.

Calon N10 Bukit Melawati, Jakiran Jacomah memeluk penyokongnya selepas menyerahkan borang pencalonan di Stadium Kuala Selangor, di sini semalam.
Dato' Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Jakiran Jacomah, Dato' Amiruddin bin Setro dan Cikgu K.R.Parthiban adalah calon yang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan baru Barisan Nasional Kuala Selangor dan mereka adalah calon yang layak mengikut kebolehan masing-masing.

Spekulasi mengenai sabotaj-mensabotaj calon di Kuala Selangor tidak wujud dan ini dibuktikan apabila semua kepimpinan dan ahli UMNO bahagian dan cawangan sama-sama meraikan calon dan mendengar amanat dari mereka untuk menghadapi PRU kali ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pejuang-pejuang parti keramat UMNO dan pejuang dari komponen parti Barisan Nasional yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup mengenepikan perselisihan dan perbezaan pendapat semata-mata untuk memberikan kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional. Dengan adanya sokongan padu daripada akar umbi seperti ini sudah pastinya mengerunkan pihak lawan dan memberikan semangat kepada semua yang akan berjuang dalam pilihanraya ini nanti.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN 

Eksplorasi #11 - Pantai Remis <b>di</b> Jeram, <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 20 Apr 2013 06:00 PM PDT

Pantai Remis di Jeram, Selangor. Salah satu lokasi tumpuan yang agak popular bagi mereka yang tinggal di Kelang dan Kuala Selangor. Terletak tidak jauh dari jalan persekutuan antara Pekan Kapar dan Kuala Selangor ini mudah untuk anda jejaki. Anda lihat peta lokasi di SINI
Eksplorasi kali ini melihat keindahan petang di Pantai Remis yang cukup meriah di hari minggu.
Pantainya tidaklah mempunyai pasir halus yang memutih, malah airnya pun tidaklah jernih. Memang tidak sesuai untuk mandi-manda. Namun ianya tetap menjadi tumpuan untuk warga kota untuk beriadah.
Di waktu air pasang, sesuai bagi kaki pancing untuk mencuba nasib...Bernasib baik, ikan sembilang menjadi hasil yang lumayan. Di waktu air surut, pantainya kering jauh ketengah...namun ianya hanyalah dipenuhi selut, rezeki mencari kerang, siput, retak dan pelbagai lagi pula menjadi tumpuan.
Waktu saya tiba, air laut tengah pasang...waktu itu cuaca cukup cerah walaupun jam sudah menghampiri pukul 6.00 petang.
Aktiviti yang menarik dilakukan disini adalah bermain layang-layang. Hembusan bayu laut amat sesuai untuk menaikkan layang-layang anda hinggakan tidak terasa terik panas mentari petang.
Menariknya di sini...Banyak sekali gerai yang menjual pelbagai hasil laut dan tanaman kampung. Harganya pula berpatutan dan boleh di jadikan buah tangan apabila pulang nanti. Restoren dan gerai makan juga banyak dan di buka hingga ke lewat malam. Ya...sudah pasti masakan utamanya masakan laut yang segar. Sesuai untuk anda nikmatinya bersama keluarga.
Laut dan langit bagaikan dipisahkan oleh satu garisan lintang yang lurus... itulah yang di panggil horizon atau ufuk. Laut Selat Melaka pula kelihatan berkilau di bawah sinaran matahari. Sungguh indah ciptaan Ilahi.

 Mentari yang terlindung di celah pepohon sungguh memukau pandangan. Ombak menghempas pantai bagaikan mengalunkan irama sungguh merdu tanpa mengenal erti jemu...Inilah keistimewaan dan kenikmatan suasana alam di tepi pantai yang amat menenangkan jiwa dan minda.

Apabila kamera tepat kearah matahari, kita akan dapat satu pemandangan umpama di waktu malam di kala bulan mengambang. Sungguh cantik sekali..

Jika anda ke Pekan Kapar, Klang...jangan lupa singgah ke Pantai Remis kerana ianya tidak jauh dari situ. Selain menikmati keindahan matahari terbenam, anda juga boleh menjamu selera dengan masakan laut yang enak dan segar. 

Teruskan eksplorasi anda ke :

Admin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads