Rabu, 24 April 2013

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Lelaki Maut Ditembak Jarak Dekat <b>Di Puchong</b> - Tv3

Posted: 23 Apr 2013 07:16 PM PDT

24/04/2013 10:16:00

Seorang lelaki yang sedang menikmati makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Puchong, terbunuh akibat ditembak dari jarak dekat oleh dua penjenayah bertopeng.

Mangsa ketika itu bersama isteri dan seorang anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Batu 14 Puchong, kira-kira jam 9 malam.

Mangsa sebelum itu cuba melarikan diri bagaimanapun tersungkur menyebabkan penjenayah terbabit dapat melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Tembakan menembusi bahagian dada kiri mangsa.

Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta proton Waja yang dipandu oleh seorang lagi rakan penjenayah.

Mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Polis sedang menyiasat punca dan motif kejadian.

Mayat mangsa di hantar ke hopital serdang untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads