Sabtu, 27 April 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Kes Daging Babi <b>Di</b> NSK <b>Selayang</b> Selesai - Azriff Dot Com

Posted: 28 Mar 2013 07:42 PM PDT

sebelum ini orang ramai dikejutkan dengan isu daging babi yang terpamer di pasaraya di Selayang-NSK. termasuklah gua ni yang menjumpai sebuah artikel keluaran di facebook yang mana diterbitkan oleh kawan-kawan di facebook. mungkin ramai yang menpercayai kewujudan daging itu seolah-olah ia menyerupai daging babi yang segar yang mana ia masih dibaluti dengan plastik. 

gua tak sempat nak print skrin satu artikel yang mana keluhan seorang saudara kita termasuk dalam arena kejutan terhadap daging babi ini, dengan beliau sertakan gambar sekali menambahkan keyakinan pembaca lain mempercayai termasuk juga keluhan yang dinyatakan begitu memberangsangkan para pembaca termasuklah gua.

okey itu, adalah keluhan bersama bukti dikeluarkan oleh salah seorang saudara kita, dan dibawah ini gua nak pamer bukti dari media massa iaitu Sinar Harian Online yang mana dikaji selidik bersama Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang iaitu Siti Afilah Che Min.

selidik yang dibuat didapati ia bukan daging babi yang sama kita sangkakan dan ia nya hanyalah daging kambing beku dari New Zealand.

kata Siti Afilah Che Min, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

bagamanapun, orang yang menyangka itu daging babi tidak dapat kita salahkan kerana disitu ada wujudnya kekeliruan. kalau kita sendiri macam tu pun, agak-agak apa reaksinya? anda tahu bukan macam mana?

"Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar," katanya kepada Sinar Harian, semalam. -petikan sumber

dan dapat gua katakan, perkara telah tersebar meluas di arena maya dan juga sebaliknya lantaran ia menyentuh isu yang negatif bagi umat islam. bagi gua dengan selidikan yang dibuat seperti ini akan memadamkan orang ramai terhadap tanggapan negatif terhadap pasaraya itu dan juga dapat memperbetulkan kekeliruan yang terhadapnya.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil. tapi bagi pandangan gua, ia memang menunjukkan kekeliruan kerana ia dipamerkan sebegitu rupa. sepatutnya disimpan di store sementara kerja pemotongan dilakukan, bukan dipamer seborono begitu. gua rasa ini kes pekerja yang kurang cakna terhadap benda itu kerana meremehkan perkara itu.

jadi macam mana? sudahkah dapat mengikis kekeliruan terhadap perkara itu? belum yakin dengan selidik yang dibuat? itu semua terserah pada diri anda sendiri untuk menilainya.

#sepenuhnya baca dari sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads