12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bandar <b>Sungai</b> Petani <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 18 May 2013 06:59 AM PDT Sungai Petani (singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Ia terletak di bahagian selatan negeri tersebut di utara Semenanjung Malaysia. Jarak bandar ini dengan Alor Setar, ibu negeri Kedah adalah kira-kira 70 km dan ia berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang. Sungai Petani juga merupakan bandar perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut. PolitikDewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
Perbandaran dan PerumahanMajlis PerbandaranBandar Sungai Petani ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences. Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya kedua utama di Malaysia. Populasi PendudukPenduduk Sungai Petani adalah terdiri daripada majoriti Melayu Cina dan India. Sungai Petani menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 1990 dimana bandar ini terletak berhampiran dengan bandar lain seperti Kulim dan Pulau Pinang. Dengan itu ramai penduduk tinggal di sini dan bekerja di sana. Sungai Petani adalah salah satu bandar terbesar di Kedah kerana bandar ini mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu Seberang Perai yang tidak dapat memenuhi penduduk di sana, dan penjualan rumah yang lebih murah berbaanding Bandaraya Alor Setar kerana iai adalah sebuah bandaraya yang tanah dan lain-lainnya mahal berbanding di Sungai Petani dan faktor sawah padi yang menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar. Bandar ini telah menyaingi populasi Bandaraya Alor Setar sebagai bandar berpopulasi tertinggi di Kedah. Statistik populasi adalah seperti berikutPopulasi = 405,789 (2009)
Bandar-bandar BaharuBanyak bandar baru dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun.
Pengangkutan Dan PerjalananBandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.Jalan rayaDari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan selesa.Kereta apiSekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.Lapangan terbangLapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.Senarai Bangunan Tertinggi di Sungai PetaniDibawah adalah senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani.SiapTertinggi
Sederhana Tinggi
Dalam PerancanganTertinggi
SederhanaBelum diketahui
PendidikanBanyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.Rekreasi dan PelanconganPantai MerdekaPusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai. The Carnivall Sungai Merbok Tanjung Dawai Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik. Lembah Bujang Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi. Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5. Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau Menara Jam Besar Taman Jubli Perak Rekreasi Tupah Makam Sultan Muzaffar Shah Pusat Beli-belah-Pasaraya
Kemudahan Awam
Rating For This Post : |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan