Ahad, 16 Jun 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Masalah air, sampah <b>di Ampang</b> dalam pemulihan – Zuraida <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 10:43 PM PDT

(Oleh Ruqayya Rahman)

PETALING JAYA 12 JUN: Isu keperluan asas di Ampang termasuk masalah gangguan bekalan air yang teruk telahpun mula ditangani, kata Ahli Parlimennya, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, pertemuan dengan 32 persatuan penduduk sekitar Ampang berjaya menggariskan lima isu yang memerlukan perhatian segera termasuk rancangan penambahbaikan.

Menurut Zuraida, masalah air yang dikenalpasti sebagai isu kritikal akan ditangani mengikut fasa.

YB ZU"Untuk jangka masa pendek, penyediaan tangki air disegerakan terutama di flat kos rendah dan untuk kesan jangka panjang, kami akan mempercepat rundingan dengan pihak berwajib," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Selain air, empat isu lain yang menjadi perhatian termasuk sampah, pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang dan masalah lampu jalan.

Ekoran itu, beliau menuntut kerjasama kerajaan negeri untuk menyalurkan dana bantuan segera kepada Parlimen Ampang memandangkan dana terkumpul kerajaan negeri kini mencecah RM2.6 bilion.

"Ia bagi membolehkan kami berkhidmat kepada rakyat. Kerjasama daripada MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dan Kerajaan Negeri Selangor amat dihargai," kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri itu.

"Saya akan majukan semula permohonan bantuan yang tertangguh untuk penggal kedua ini melalui skim Geran SelangorKu yang saya percaya mempunyai lebihan baki.

"Kami nekad berusaha lebih keras untuk penggal ini demi pembangunan dan kesejahteraan warga Ampang," katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53323

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads