Ahad, 16 Jun 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Pahang Daily Online: Myanmar Pasar Harian <b>Selayang</b> Perlu <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 01:31 AM PDT


KUALA LUMPUR 13 Jun - Melangkah masuk ke kawasan Pasar Harian Selayang yang bersempadan antara ibu negara dan Selangor di bahagian utara terasa seperti berada di sebuah perkampungan di Myanmar. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap sudut kawasan tersebut termasuk yang berniaga di dalam pasar dipenuhi warganegara itu, baik yang muda hinggalah ke pertengahan umur. Warga tempatan yang sering berurusan di situ menyifatkan pekerja asing tersebut seolah-olah tidak berkurangan biarpun serbuan sering dilakukan oleh pihak berkuasa. Begitu juga keadaannya dengan Pasar Borong Kuala Lumpur yang terletak di seberang jalan. Perasaan tidak selamat sering menghantui warga tempatan setelah beberapa kali melihat pergaduhan sesama warga Myanmar sehingga ada yang meragut nyawa. Difahamkan, biarpun jarang orang tempatan terlibat dengan pergaduhan tersebut, lagak warga Myanmar yang seperti 'abang besar' yang mengancam dan mengganggu ketenteraman warga tempatan di situ amatlah menggusarkan mereka.
Malah, tinjauan wartawan Utusan Malaysia di pasar tersebut juga dibuat dengan berhati-hati kerana terasa gerak-geri kami seolah-olah diperhatikan oleh 'samseng-samseng' Myanmar, mungkin kerana mereka menyangka kami pegawai imigresen. Ketika mahu merakamkan gambar sekitar kawasan itu juga, kami terpaksa berpura-pura untuk mengambil gambar longkang yang berada di sekitar kawasan itu terlebih dahulu. Namun, gambar bahagian dalam pasar tidak berani dirakamkan memandangkan pengunjung tidak begitu ramai ketika itu. Baru-baru ini, sebanyak 21 daripada 102 warga Myanmar yang diperiksa dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di Pasar Harian Selayang ditahan kerana mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen sah, salah guna permit kerja dan menetap lebih masa. Bagaimanapun dalam operasi bermula pukul 3 pagi itu, beratus-ratus warga terbabit yang dipercayai menjadi pembantu kedai di pasar tersebut berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran trak pihak berkuasa. Malah mereka sanggup bahayakan nyawa dengan larikan diri ke arah jalanraya sebelum menyusup ke semak dan ke lombong yang berdekatan. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads