Jumaat, 28 Jun 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


video: sejak pas jadi wakil rakyat <b>kuala selangor</b> <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 25 Apr 2013 12:00 PM PDT



Video ini tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi untuk mengganggu minda pembaca tetapi video yang akan dipaparkan di bawah ini adalah kisah benar serbuan sarang pelacuran yang dilakukan oleh pihak polis di Kuala Selangor pada 24 Oktober 2012.

Mengapa perkara memalukan seperti ini berlaku di Kuala Selangor?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kebanjiran masalah sosial yang tidak terkawal disebabkan oleh pemimpin yang dilantik dan diamanahkan untuk mentadbir langsung tidak mengambil berat dan bertanggungjawab.
Bila ditegur tiada lain jawapannya melainkan 'itu bukan kerja saya' dan kemudiannya menyalahkan orang lain.
Kalau bukan kerja beliau, jadi kerja siapakah ini? .. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kawasan yang dihormati beliau harus menegur tentang masalah sosial yang semakin meruncing di Kuala Selangor hingga menyebabkan perkara-perkara seperti di atas berlaku.
Terlalu banyakkah orang Kuala Selangor yang sakit kaki atau sakit badan dan adakah masalah sakit tersebut dapat diselesaikan hanya dengan urutan perempuan Cina dan Thai?
Bukan lagi menjadi satu rahsia tentang rumah urut yang menawarkan urutan batin dan khidmat seks tetapi ia sudah menjadi kemestian jika ada rumah urut kaki mesti ada urut batin dan khidmat seks dan ini merujuk kepada serbuan-serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh Malaysia.
Mungkin bagi Dr Dzul dan Pemimpin PAS itu perkara biasa tetapi bagi anak muda Kuala Selangor itu perkara luar biasa kerana sebelum ini tiada perkhidmatan sedemikian di Kuala Selangor.
Jangan ambil mudah dan jangan pandang remeh tentang perkara ini kerana ia akan mendatangkan kerosakan akhlak yang amat teruk kepada generasi akan datang jika tidak dibendung.
Apa kaitan dan adakah ada udang disebalik batu dalam aktiviti ini?.. tunggu dalam part 2..
*** Dr Dzul sila jawab jika tiada kaitan.. mohon pencerahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads