12 di sepang - Google Blog Search |
GT Japan 2013 <b>di Sepang</b> | blog of amir rofie Posted: 22 Jun 2013 03:29 AM PDT Ahad (16/06/2013) yang lepas penulis bawa anak lelaki, Irfan ke Sepang untuk saksikan lumba kereta GT Japan 2013. Kalau ikut perangcangan nak bawak anak lelaki sulong (Syafiq) dan anak ketiga (Irfan) tapi nak main bola belah petang tu jadi penulis hanya bawa Irfan sahaja. Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 2:20PM dan sampai di kawasan letak kereta litar Sepang jam 3.15PM. Agak susah jugak nak cari parking sebab banyak juga pengunjung yang masih mencari-cari tempat letak kereta. Bayaran RM20 dikenakan setiap kereta. Memang buat duit la tokey tempat letak kereta hari tu. Agak jauh juga penulis letak kereta dan terpaksa berjalan lebih kurang 1 km untuk ke pintu masuk litar Sepang. Perlumbaan akan start jam 4:00PM, jadi penulis dan Irfan masih ada masa untuk berjalan ke pintu masuk dan mencari tempat duduk. Dalam perjalanan masuk, banyak kereta-kereta lagenda dipamirkan untuk tontonan para pengunjung. Antara yang menarik perhatian penulis adalah seperti dalam gambar-gambar dibawah ni. Perlumbaan masih belum bermula semasa kami sampai ke tempat duduk. Ketika itu kereta-kereta lumba sudah siap sedia untuk berlumba cuma menunggu masa tepat jam 4:00PM sahaja. Suasana agak tenang dengan hanya kedengaran suara-suara orang berborak sahaja. Bila announcer beri isyarat "Start your engine !!", maka suasana bertukar menjadi bingit hingga bergegar gegendang telinga. Penulis beri isyarat kepada Irfan supaya tutup telinga sebab bunyi terlampau kuat. Penulis ada buat koleksi kereta lumba GT Japan iaitu Calsonic Nissan Skyline dan Denso Sard Supra dan Irfan perasan ada model kereta ni di dalam almari perhiasan. Jadi bila tengok live kereta-kereta ni maka dia lebih teruja. |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan