12 di paya jaras - Google Blog Search |
NASI PADANG SEDAP <b>DI</b> JALAN <b>PAYA JARAS</b>, SG BULOH Posted: 29 Apr 2013 04:51 AM PDT One Man's Meat Is Another Man's Poison... kalau nak terjemah bahasa Melayu sikit lebih kurang camni... Aku punya tekak aku punya sukalah. Kalau aku makan rasa sedap, kau makan kata tak sedap, ade aku kesah? Ewah apa kena mengena pulak dengan entry ini? Hehehe. Hari ni Kjee nak story pasal satu kedai makanan Minang atau Nasi Padang yang sedap sangat kat Paya Jaras. Boleh kata seminggu 3 kali kami makan di sini masa tinggal di Sg Plong. Kjee tahu UnclePali akan rindu sangat makanan kat kedai ni setelah kami meninggalkan Sg Plong. Malah, dua hari sebelum berpindah, kami singgah makan kat situ. "Alaa bila lagi nak jumpa akak ya," kata Ann, toke kedai yang Kjee sayang sangat. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Orangnya kecik molek dan kebanyakan makanan di kedainya dimasak sendiri. "Jangan susah. Abang dah janji akan selalu singgah sini nanti untuk makan. Nasi Padang awak terbaik setakat ini," Kjee beritahu Ann yang tersipu2 kena puji. So, hari ini selepas sebulan berpindah, Kjee, UnclePali dan Nadia ke kedai Ann. Siang tadi kami ke Ara Damansara. Lepas tu, UnclePali terus ke Paya Jaras. Kjee dah agak dah dia rindu sangat Nasi Padang kat kedai Ann. Ann punyalah suka tengok Kjee. Dia sangka yang Kjee tak akan ke sana lagi maklumlah dah duduk jauh. Tapi, kalau bab makan, jauh mana pun kami tetap pergi. Janji makanan dia sedap. Kedai makan Ann ni, kalau tengok macam kedai makanan Minang/Padang biasa. Malah menunya pun biasa. Tetapi kelebihannya ialah rasanya. Kalau Kjee kata sedap, mestilah sedap sebab kan tekak Kjee ni cerewet. Hehehe. Kjee paling suka lauk jering di kedai Anne, tak kesahlah yang dibuat goreng berlado ataupun masak lemak pedas. Dan pada Kjee sambal ijo (hijau) Ann yang paling sedap yang pernah Kjee rasa setakat ini! Cukup rasa. Lawaknya kedai Ann ini langsung tiada signboard. Kjee tanya apa nama kedai, dia kata kalau ikut lesen Restoran Sabar Menanti. Tapi dia tak nak guna tu dan tengah fikir nama yang sedap. Apabila Kjee nak acukan kamera kat Ann, dia menolak lembut. "Tak payahlah kak. Malu.." Kedai Nasi Padang ini buka setiap hari hingga 12 malam. Tapi katanya, lauk pauk siap dimasak pada pukul 11 pagi. Tutup sebulan sekali jer tapi Ann kata tiada hari yang tetap. Cuma 6 Mei ni dia tutup sehari. Harga makanan memang amat berpatutan berbanding Kedai Nasi Padang lain. Kalau ada yang nak rasa makanan di kedai ini, ia terletak di Jalan Paya Jaras kira2 seratus meter kot dari Tapak Pasar Malam Paya Jaras. Kedai ni setentang dengan Kedai Dr Cermin. Mesti jumpa punyalah. |
You are subscribed to email updates from di paya jaras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan