12 di ulu kelang - Google Blog Search |
Salam Monash: Ralli Ilmu @ <b>Hulu Kelang</b> Posted: 27 Jun 2013 08:55 PM PDT Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., bahawasanya bersabda RasuluLlah SAW, "Barangsiapa keluar pada menuntut ilmu, adalah baginya pada jalan ALLAH (fiisabiliLlah) hinggalah ia pulang" (riwayat Imam at-Tarmizi) Insya ALLAH, untuk kali ke-3nya, pihak Masjid al-Ridhuan akan mengadakan program pengisian ilmu sehari semalam pada esok hari, Sabtu 29 Jun 2013. Berdasarkan tentatif program yang dipamirkan, ralli ilmu ini bermula seawal jam 4:00 pagi dengan program Qiamullail yang akan dipimpin oleh Ustaz Dr. Badrolamin. Seterusnya pelbagai slot perkongsian ilmu diadakan bersama tokoh-tokoh agama tersohor tanah air terutama di sekitar Lembah Kelang. Pada sela masa tertentu, dimasukkan sama program Khatam Quran oleh 500 orang anak-anak Tahfiz Selangor dan juga Majlis Tahlil Perdana. Penutup kepada ralli ilmu ini adalah Ceramah Perdana yang bakal disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah antara program yang dirancangkan:- 4:00 pagi - Qiamullail (Ust. Dr. Badrolamin) 6:00 pagi - Kuliah Subuh (Ust. Hanafiah Malek) 9:00 pagi - Kuliah Dhuha I (Ustz. Norhafizah Musa) 11:00 pgi - Kuliah Dhuha II (Ust. Dr. Zulkifli al-Bakri) 2:00 ptg - Majlis Khatam Quran (anak2 Tahfiz) (Jualan air khatam RM 5/botol 1.5L) 3:00 ptg - Kuliah Zohor (Ust. Datuk Ismail Kamus) 5:00 ptg - Forum Istimewa - Ust. Haslin Bollywood - Ust. Hariyanto Rizal - Sdr. Amin Idris (moderator TV) 8:00 mlm - Majlis Tahlil Perdana (selepas solat Maghrib) 9:00 mlm - Ceramah Perdana (Ust. Azhar Idrus) Kepada para pencinta ilmu, elok sangatlah jika boleh berkampung sehari suntuk sehingga ke malam di Masjid al-Ridhuan. Inilah salah satu cara untuk mendapatkan saham ke Jannah kerana RasuluLlah SAW mengatakan majlis-majlis ilmu adalah sebahagian daripada taman-taman syurga. Soal makan minum tiada masalah, banyak gerai jualan yang disediakan. Kemudahan bilik airya juga amat selesa. Tambahan pula ruangan dalam masjidnya telah pun dilengkapi kipas gergasi yang amat nyaman sekali hembusan anginnya (silap-silap boleh tertidur dibuatnya). Kepada yang ingin hadir program di sebelah malam, adalah dinasihatkan datang awal, paling lewat pun sebelum waktu Maghrib. Jika tidak terpaksalah menapak jauh. Di pinggir MRR2 pun boleh diletak kenderaan, berkemungkinan pihak polis trafik/ RELA akan turut sama membantu. Cuma ingin dikongsi bersama, terdapat suatu ruangan parkir bersebelahan SK Hulu Kelang yang berjarak sekitar 400 meter dari masjid. Selalunya kosong kerana sedikit tersorok. Laluan masuknya - dari MRR2, di penghujung pagar sekolah masuk ke Lorong Penghulu, di belakang Kediaman Penghulu adalah lokasinya. Untuk ke masjid, boleh berjalan melalui tepian MRR2 ataupun menyusuri jalan bertar di tepian sungai. RasuluLlah SAW bersabda, "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap mukmin lelaki dan perempuan". "Ya ALLAH, kami mohonkan kepadaMU ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. Ameen." (riwayat Ibnu Majjah) |
You are subscribed to email updates from di ulu kelang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan