Khamis, 27 Jun 2013

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Maju Home Concept Store Kini <b>di Puchong</b> - CikLilyPutih

Posted: 24 Jun 2013 09:00 AM PDT

Ahad yang berjerebu lepas, tak menghalang aku untuk ke pembukaan rasmi Maju Home Concept ni.

Sebelum ni aku pernah perasan kedai yang berkonsep 'One Stop Furniture Mall'  ni di Setapak. Now kini dibuka di Puchong plak. Rupanya Maju Home ni dibuka pada tahun 1987 di Kuala Lumpur, hah betul lah outlet yang aku nampak tu kan.
Ermm mesti good business kan.

Biasanya kalau family business memang berkembang dengan cepat coz ramai pelanggan setia dah kenal so lagi senang nak berurusniaga.

Konsep 'One Stop Furniture Mall' yang unik ini memanfaatkan para pelanggan, dari segi harga yang berpatutuan dan pilihan yang buat aku rambang mata. Selain itu, para pelanggan dapat memilih perabot dan perkakas rumah mereka, sebagaimana mereka menjangka perabot pilihan mereka akan kelihatan di rumah sendiri. Kira macam korang boleh imagine, nak letak sofa kat mana, meja makan kat mana kan.

Upacara perasmian di mulakan dengan Tarian Singa, sebelum Pengarah Urusan Maju Home Concept, En Low berkongsi sepatah 2 kata dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan semenjak syarikat ini mula-mula beroperasi.

"Kami sentiasa percaya bahawa persefahaman kukuh dengan para pembekal tempatan adalah penting kerana kami mempercayai kualiti parabot buatan Malaysia. Ini membolehkan kami memantau kos operasi kami dan terus menawarkan harga yang paling menarik kepada pelanggan kami", kata En Low.

Maju Home Concept ni merupakan  Mall 3 tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan perabut, perhiasan dan perkakasa rumah, termasuk langsir, kabinet dapur, perkakas dapur dan bilik mandi, sofa, lampu, perabot pilihan, perabut kanak-kanak serta perabot pejabat. Stor ini juga menawarkan antara pilihan perkakas kamar tidur yang terbesar di Lembah Klang, termasuk pilihan tilam yang pelbagai.

Korang yang tengah sibuk cari perabot untuk Hari Raya nanti ni, boleh lah ke
Persiaran Subang Damai (off LDP),
Kalau nak tau more details mengenai Store Puchong ni boleh hubungi 03- 8068 3661 ye untuk pertanyaan.
So apalagi, meh lah lekas. Aku pun rambang mata sungguh dibuatnya. Dan dan tu jugak nak tukar perabot kan.

Fazleyatul Aini (Lya Colours): Kenduri 3 in 1 <b>di Puchong</b>

Posted: 23 Jun 2013 06:55 PM PDT

Hai. Hari ini jerebu dah kureng sket, walauponnnn
Tapi bau-bau asap still ada
Sabtu lepas, keje half day. Aku masuk lambat okey sabtu hari tu. Suka-suka hati macam company sendiri huahua
Balik keje around 1pm ++. Nak pergi Puchong, sepupu buat kenduri 3 in 1. Kenduri nak sambut puasa, kenduri aqiqah dengan kenduri hari lahir anak dia
Mama baba dengan makcik dari Melaka ni gerak pagi. Aku gerak lepas asar, sebab balik kerja membuta dulu kan. Huahuahua dasarrrrrr. Sampai Puchong dalam pukul 7pm. Biasa lah slow motion driver gitu. Kereta banyak ok kat highway. Mak kan berhati-hati sangat
Kenduri start lepas Isya'. Aku sampai-sampai terus goreng ayam. Kelasss
Malas nak tukar baju kurung, pakai je jeans dengan shirt sampai malam. Lantak. Duduk belakang je pon. Sape yang nak tengok kennnn
Lepas Isya' orang-orang kampung, orang masjid/surau dengan budak-budak Tahfiz dah start sampai.
Baca Yaasin dengan tahlil, so semua guest pon menjamu selera. While the guest dok makan-makan, ada persembahan Qasidah from budak-budak Tahfiz. Best sangat
masa ni budak-budak tahfiz tengah nyanyi Ya Hanana. Masya Allah sedap sangat

makcik-makcik dan gadis-gadis duduk belakang. Masa ni around 10pm tetamu tengah makan-makan lagi. Ramai lagi guest. Aku adalah lapar gila dan mengantuk gila. Yela last makan masa lunch kot. Pukul berapa tu hoih
yes akhirnya dapat makan. Jangan nak sound makcik makan banyak. Lapaq ok. Kebuluran tahap apa ntah. Tapi amik nasi sket je pun. Kasi tibai lauk banyak huahuahua. Yes menu adalah best sangat. Kari itik, ayam  goreng, dalca kambing, sambal tenggiri petai, salad telur, ikan masin, sambal belacan, tempoyak. kuih-muih banyak gila.

Favorite adalah salad telur tu. Sedap gila. Tempoyak pon terbaik. Mak aku bengang aku makan tempoyak. Huahuahuahua


balik melaka pagi semalam. sebab tengah hari semalam pon ada kenduri. yes jalan adalah lengang. tapi jerebu boleh tahannnnnn. feeling nak pergi genting lah aku semalam ye
haih bila lah nak menghilang jerebu ni. Sakit dada weh. Asyik batuk je kan. Semalam pon teruk gak. Tak bukak langsung pintu tingkap kat rumah. Bau asap everywhere. Hari ini ok sket. Jalan pon lengang. Sebab sekolah kan tutup. Suka mak aku. Boleh dia melayan itik ayam kat reban je kan. hahaha

lets klik !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads