12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
Adun <b>Tanjung Sepat</b> nyaris maut - Rileks Community Posted: 25 Jun 2013 09:41 PM PDT TANJUNG SEPAT - Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terb@bit. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut. Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki. Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terb@bit. "Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam ke bawah jeti. "Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terb@bit tetapi tiada tindakan diambil. "Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini," katanya.
'Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan Dia tidak menyatakan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya" (Al-Jin: 26-27) |
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan