12 di semenyih - Google Blog Search |
NAAK SANGAT: KHIANAT ANTARA DUA DARJAT.... <b>semenyih di</b> <b>...</b> Posted: 30 May 2013 09:40 AM PDT Rupanya kisah kota Damansara masih tak habis... Tempat lain yang senasib atau secerita dengannya senyap macam sapa pun tak peduli... Kenapa??? Apa bezanya??? Jika di Kota Damansara PAS dikatakan khianat... kenapa di Semenyih dan Jelapang tak jadi cerita...?? Maka ada yang jawab... sebab Kota Damansara calon PKR kalah (sebenarnya PSM)... di Semenyih macammana... ini keputusan di DUN semenyih ... 1. ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS (PSM) 5,568 2. JOHAN BIN ABD AZIZ (BN) 17,616 3. HAMIDI BIN A. HASAN (PKR) 13,471 Penyandang: Johan Aziz (BN - UMNO % keluar mengundi: 88.70% Dan ini pulak di Kota Damansara... 1. RIDZUAN BIN ISMAIL (PAS) 7,312 2.HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (BN) 16,387 3. MOHD NASIR BIN HASHIM (PKR) 14,860 4. HALMI BIN OMAR (BEBAS) 116 5. EDROS BIN ABDULLAH (BEBAS) 57 6. SUPPIAH A/L ANANDAN (BEBAS) 39 Penyandang: Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) Berbeza sikit dengan suasana di Jelapang... 1 M. Sarasvathy (PSM) 2,568 2 S. Mokan (BN) 4,655 3 Teh Hock Ke (DAP) 16,921 Penyandang: Teh Hock Ke (DAP) Dari senario yang ada, jelaslah bahawa PSM adalah parti yang mengganggu Pakatan Rakyat. Mereka sanggup bertanding atas tiket sendiri setelah Pakatan Rakyat berkeras meletakkan calonnya... Cumanya... di Kota Damansara PSM tak perlu berkeras kerana PKR memberi laluan kepada calon PSM Dr Nasir. Aku pelik akan sikap PSM.. Mereka kata sokong Pakatan Rakyat tetapi lawan Pakatan Rakyat. Di Kota Damansara lebih pelik apabila PKR memberi laluan kepada PSM bertanding di atas tiketnya walaupun tahu tindakan PSM di Jelapang dan Kota Semenyih... Macammana pemimpin PKR yang terlalu bijak berpolitik boleh memberi laluan kepada Dr Nasir hanya kerana PSM berkeras untuk bertanding . Jangan lupa siri ugutan pemimpin PSM sebelum PRU 13 untuk menuntut kerusi dari Pakatan Rakyat Sepatutnya PSM di ajar tidak diberi ruang kerana khianat mereka di Jelapang dan Semenyih... malah di Jelapang lebih mengelirukan kerana mereka mendakwa mewakili Pakatan Rakyat... alasannya wakil mereka bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara... Persoalan pertama... Mengapa PKR bagi pada PSM sedangkan PAS dari awal menolak PSM.. ada yang kata ia adalah wakil sejak 2008...jangan lupa... PSM hanya di daftarkan selepas 2008, maknanya tiada PSM sebelum 2008 sebagai parti politik.... Di fahamkan bahawa TG Presiden telah memberi ingatan awal sejak 2 tahun lalu agar PKR tidak meletakkan PSM di Kota Damansara... PAS hanya serahkan kepada PKR... Apakah dengan hanya memakai baju PKR, PSM boleh dianggap PKR.. sepatutnya PKR menjaga sensitiviti rakan sebelum mereka menyalahkan PAS seperti hari ini.. Ia berbeza dengan Lumut yang diwakili ahli PAS memakai baju PKR kerana dalam keluarga yang sama... dan PKR sememangnya tiada calon berkelayakan.... harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat!!!! Apakah kerana PKR tiada calon layak maka dibenarkan meminjam calon PSM... sejauh mana komitmen yang akan diberikan PSM??? Kalau calon bendahari PKR Perak seperti Jamaludin di Behrang pun boleh melompat ... bagaimana dengan PSM yang langsung tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat... semudah itu PKR menilai calon??? Apakah pengalaman pengkhianatan Calon tangkap muat yang mengecewakan kami di Perak tidak menjadi ingatan>> PERSOALAN saya...sejauh mana PKR meyakini PSM akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dari awal mereka sudah menentang Pakatan Rakyat di Jelapang dan Semenyih??? apatah lagi jika kedudukan kerusi di Selangor terjadi seperti di Perak 2008... saya sangat bimbang... Dalam siri ini saya ingin bertanya..??? mengapa Kota Damansara menjadi isu hingga kini... Dan sasarannya ialah TG Presiden yang dikatakan menandatangani watikah perlantikan??? Mengapa Samsul mendendangkan isu ini di dalam dewan dan disambut Khalid samad ..... disaat pemuda mempertahankan Presiden...mereka dituduh membodek... ??? Mengapa isu di atas langsung tidak dibangkitkan oleh Khalid Samad??? Atau Khalid samad hanya berminat menyerang pemimpin PAS atau sasaran tepatnya TG Presiden dengan hujah kononnya amanah menegur?? Dalam tulisan ini saya juga mempersoalkan PKR yang memberi ruang kepada PSM bertanding atas tiket PKR walaupun tahu pengkhianatan PSM terhadapnya di Semenyih dan rakan PR DAP di Jelapang??? Politik bijak apa yang digunakan hingga membenarkan musuh menggunakan lambang parti walaupun di sudut lain musuh dari kandang yang sama menentang partinya sendiri?? Isu di atas saya sentuh atas dasar khianat politik yang dilakukan oleh PSM, bukan mazhab sosialisnya... saya belum berminat menulis isu itu.... Andai secara sengaja atau tidak tulisan ini menyentuh atau menyenggol tulisan Khalid Samad... bukan kerana sokongannya terhadap PSM atas dasar mazhab sosialinya, kerana saya tahu Khalid Samad adalah antara pemimpin PAS yang beriman dengan aliran Sosialis PSM tidak sesat... tidak sesekali... saya hanya menulis di sudut kewajaran PSM diberi tempat di Kota Damansara... isu yang dilupakan.. kalau rajin saya akan sambung isu ini... apatah lagi kalau ada yang berminat membela PSM atau sekutunya... |
Khalid Samad: Respon Kepada Arul PSM Berhubung <b>Semenyih</b> Posted: 10 Jun 2013 07:52 PM PDT Pada mulanya saya mengucapkan terima kasih kepada Sdr Arutchelvan (Arul PSM) yang telah memberikan komen berhubung tulisan saya mengenai DUN Semenyih tempoh hari. Komen beliau adalah seperti berikut: "Sdr Khalid Samad yang dihormati, Saya ingin memperjelaskan satu perenggan dalam tulisan ini mengenai PSM dan PRU DUN Semenyih yang tidak tetap dan tidak benar. Saya tidak berhajat untuk memberi komen berhubung apa yang telah dirundingkan di antara PSM dan PKR dan saya anggap ianya sebagai urusan diantara PKR dan PSM yang saya tidak ada kena-mengena dengannya mahupun PAS. Sepertimana yang Sdr Arul sedia maklum, permohonan PSM untuk bersama dalam PR telah ditolak sejak dari dulu lagi dan itulah sebabnya mengapa persoalan bertanding dengan menggunakan lambang PKR menjadi relevan. Tujuan bertanding dengan mengguna lambang PKR adalah supaya calon yang diturunkan adalah sebagai calon PKR dan bukan sebagai calon PSM. Ini adalah kerana PSM tidak merupakan anggota PR. Tawaran ini merupakan kelonggaran yang diberikan oleh PKR kepada anggota PSM untuk mengelak berlakunya 3 penjuru. Mengelak berlakunya 3 penjuru pula adalah bertujuan untuk memungkinkan kemenangan bagi pihak PR dan kekalahan bagi pihak BN. Memenangkan kerusi yang ditandingi adalah matlamat di sebalik semua perkiraan ini. Dalam kes Semenyih, sekiranya benar Azmin tidak bersetuju Sdr Arul diturunkan sebagai calon PKR, ianya mungkin atas sebab alasan 'winability' Sdr Arul sebagai calon di Semenyih. Sepertimana yang diketahui bersama, Semenyih adalah kawasan majoriti pengundi Melayu dan BN menurunkan calon UMNO untuk bertanding di situ. Walaupun kita menolak politik kaum, kita tidak boleh menafikan bahawa ia merupakan faktor yang akan diambil kira oleh pengundi-pengundi Melayu khususnya yang atas pagar. Maka di atas hasrat untuk menambahkan kemungkinan menang, maka Azmin sebagai pengerusi PKR Selangor memutuskan bahawa calon PKR di Semenyih perlu merupakan calon Melayu. Oleh itu pencalonan Sdr Arul ditolak. Ini adalah merupakan bacaan saya. Apabila keputusan PKR yang sebegitu dibuat, maka Sdr Arul berhadapan dengan 2 pilihan. Yang pertama, bertanding sebagai calon PSM dan dengan itu akan berlakunya keadaan 3 penjuru yang hanya akan menguntungkan UMNO/BN. Pilihan kedua adalah untuk Sdr Arul menerima keputusan itu sebagai keputusan strategik yang dibuat oleh PKR dalam usaha memenangkan calonnya dan dengan itu berkempen bersama calon PKR untuk menjatuhkan calon UMNO. Sekiranya kita meletakkan kekalahan BN sebagai objektif utama kita, maka sepatutnya Sdr Arul memilih pilihan kedua. Malangnya, mungkin di atas perkiraan lain, termasuk mungkin untuk membuktikan wujudnya sokongan yang kuat bagi PSM, maka Sdr Arul telah memilih pilihan pertama. Kesan dari pilihan Sdr Arul diketahui umum. UMNO/BN menang dan hubungan Sdr Arul dengan PKR menjadi kurang baik. Kalau Sdr Arul bertanya pada saya sebelum berlangsungnya PRU tempohari mengenai pandangan saya berhubung dua pilihan ini, maka saya akan menjawab "pilihlah pilihan kedua". Tetapi Sdr tidak bertanya; dan sememangnya tidak perlu merujuk kepada saya sekalipun. Sdr Arul adalah dari PSM bukannya PAS. Yang dari PAS sendiri pun tidak merujuk kepada saya, walaupun saya merupakan wakil PAS Selangor yang bertanggung-jawab untuk berunding kerusi dengan PKR, apatah lagi Sdr yang dari PSM! Maka akhirnya kita semua, saya yakin, merasa sedih dengan keputusan yang tercapai di Semenyih. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Namun, apa yang lebih penting sekarang ialah apa yang kita semua ingin dilakukan pada masa akan datang, khususnya PRU 14. Suasana yang sama akan timbul sekali lagi. Pilihan yang sama akan kita hadapi. Sekiranya apabila berhadapan dengan keadaan yang sama, PSM memutuskan untuk bertanding walaupun akan berlaku 3 penjuru, maka pencapaian di Semenyih mungkin diulangi di beberapa kerusi. Dan kali ini bukan sahaja di Semenyih tetapi di mana sahaja PSM dapat bertapak dan dapat sokongan. Ianya tidak perlu ramai, seribu atau dua mungkin cukup untuk mengubah keputusan di beberapa tempat. Ada yang menganggap bahawa sekiranya PSM bertanding 3 penjuru berlawan dengan calon PR dan BN maka undi PR tidak akan terjejas. Ini adalah kerana dianggap PSM tidak mempunyai sokongan. Saya harap tanggapan itu benar tetapi berdasarkan keputusan di Semenyih ianya seakan-akan sebaliknya. Mungkin kerana Selangor berbeza dengan Terengganu dan Kelantan. Kalau di Terengganu dan Kelantan mungkin undi PSM tidak begitu banyak. Tetapi di Selangor kes Semenyih perlu diberi perhatian. Di Semenyih BN mendapat 17,616 undi, manakala PKR mendapat 13,471 undi dan PSM dapat 5,568 undi. Tetapi di Jelapang PSM mendapat 2,568 undi. BN pula mendapat 4,655 dan DAP mendapat 16,921 undi. Mungkin sebahagian akan menjadi seperti Jelapang (kawasan DAP) dan sebahagian akan jadi seperti Semenyih (kawasan PKR dan PAS?). Dalam soal ini pimpinan PR perlu berbincang dan memutuskan strategi yang boleh terus menjamin suasana satu lawan satu di semua kerusi demi mengalahkan UMNO/BN. Buat masa ini saya sendiri tidak nampak kaedah lain, selain yang telah diguna-pakai pada 2008 dan pada 2013 di KD dan Sungai Siput. Di Sungai Siput ia berjalan dengan baik. Tiada 3 penjuru dan calon PKR dari PSM menang. Di KD semua telah tahu kesudahan ceritanya. WaLlahu 'Alam |
You are subscribed to email updates from di semenyih - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan