Khamis, 6 Jun 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


NAAK SANGAT: KHIANAT ANTARA DUA DARJAT.... <b>semenyih di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 09:40 AM PDT



Rupanya kisah kota Damansara masih tak habis... Tempat lain yang senasib atau secerita dengannya senyap macam sapa pun tak peduli... Kenapa??? Apa bezanya??? Jika di Kota Damansara PAS dikatakan khianat... kenapa di Semenyih dan Jelapang tak jadi cerita...??
Maka ada yang jawab... sebab Kota Damansara calon PKR kalah (sebenarnya PSM)... di Semenyih macammana... ini keputusan di DUN semenyih  ... 
 1. ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS (PSM)               5,568       

2. JOHAN BIN ABD AZIZ (BN)     17,616                  

3. HAMIDI BIN A. HASAN (PKR)                13,471                                    

Penyandang: Johan Aziz (BN - UMNO

% keluar mengundi: 88.70%


Dan ini pulak di Kota Damansara...

1. RIDZUAN BIN ISMAIL (PAS)   7,312                    

2.HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (BN)      16,387                  

3. MOHD NASIR BIN HASHIM (PKR)        14,860

4. HALMI BIN OMAR (BEBAS)                    116

5. EDROS BIN ABDULLAH (BEBAS)           57

6. SUPPIAH A/L ANANDAN (BEBAS)       39

                            

Penyandang: Dr Mohd Nasir Hashim (PKR)



Berbeza sikit dengan suasana di Jelapang...

1  M. Sarasvathy (PSM)                2,568                      

2 S. Mokan (BN)              4,655                    

3  Teh Hock Ke (DAP)      16,921

Penyandang: Teh Hock Ke (DAP)


Dari senario yang ada, jelaslah bahawa PSM adalah parti yang mengganggu Pakatan Rakyat.  Mereka sanggup bertanding atas tiket sendiri setelah Pakatan Rakyat berkeras meletakkan calonnya... Cumanya... di Kota Damansara PSM tak perlu berkeras kerana PKR memberi laluan kepada calon PSM Dr Nasir.
Aku pelik akan sikap PSM.. Mereka kata sokong Pakatan Rakyat tetapi lawan Pakatan Rakyat. Di Kota Damansara lebih pelik apabila PKR memberi laluan kepada PSM bertanding di atas tiketnya walaupun tahu tindakan PSM di Jelapang dan Kota Semenyih... Macammana pemimpin PKR yang terlalu bijak berpolitik boleh memberi laluan kepada Dr Nasir hanya kerana PSM berkeras untuk bertanding . Jangan lupa siri ugutan pemimpin PSM sebelum PRU 13 untuk menuntut kerusi dari Pakatan Rakyat  Sepatutnya PSM di ajar tidak diberi ruang kerana khianat mereka di Jelapang dan Semenyih... malah di Jelapang lebih mengelirukan kerana mereka mendakwa mewakili Pakatan Rakyat... alasannya wakil mereka bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara...
Persoalan pertama... Mengapa PKR bagi pada PSM sedangkan PAS dari awal menolak PSM.. ada yang kata ia adalah wakil sejak 2008...jangan lupa... PSM hanya di daftarkan selepas 2008, maknanya tiada PSM sebelum 2008 sebagai parti politik.... Di fahamkan bahawa TG Presiden telah memberi ingatan awal sejak 2 tahun lalu agar PKR tidak meletakkan PSM di Kota Damansara... PAS hanya serahkan kepada PKR...
Apakah dengan hanya memakai baju PKR, PSM boleh dianggap PKR.. sepatutnya PKR menjaga sensitiviti rakan sebelum mereka menyalahkan PAS  seperti hari ini.. Ia berbeza dengan Lumut yang diwakili ahli PAS memakai baju PKR kerana dalam keluarga yang sama... dan PKR sememangnya tiada calon berkelayakan.... harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat!!!! Apakah kerana PKR tiada calon layak maka dibenarkan meminjam calon PSM... sejauh mana komitmen yang akan diberikan PSM??? 
Kalau calon bendahari PKR Perak seperti Jamaludin  di Behrang pun boleh melompat ... bagaimana dengan PSM yang langsung tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat... semudah itu PKR menilai calon??? Apakah pengalaman pengkhianatan Calon tangkap muat yang mengecewakan kami di Perak tidak menjadi ingatan>> PERSOALAN saya...sejauh mana PKR meyakini PSM akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dari awal mereka sudah menentang Pakatan Rakyat di Jelapang dan Semenyih??? apatah lagi jika kedudukan kerusi di Selangor terjadi seperti di Perak 2008... saya sangat bimbang...
Dalam siri ini saya ingin bertanya..??? mengapa Kota Damansara menjadi isu hingga kini... Dan sasarannya ialah TG Presiden yang dikatakan menandatangani watikah perlantikan??? Mengapa Samsul mendendangkan isu ini di dalam dewan dan disambut Khalid samad ..... disaat pemuda mempertahankan Presiden...mereka dituduh membodek... ??? Mengapa isu di atas langsung tidak dibangkitkan oleh Khalid Samad??? Atau Khalid samad hanya berminat menyerang pemimpin PAS atau sasaran tepatnya TG Presiden dengan hujah kononnya amanah menegur??
Dalam tulisan ini saya juga mempersoalkan PKR yang memberi ruang kepada PSM bertanding atas tiket PKR walaupun tahu pengkhianatan PSM terhadapnya di Semenyih dan rakan PR  DAP di Jelapang??? Politik bijak apa yang digunakan hingga membenarkan musuh menggunakan lambang parti walaupun di sudut lain musuh dari kandang yang sama menentang partinya sendiri??
Isu di atas saya sentuh atas dasar khianat politik yang dilakukan oleh PSM, bukan mazhab sosialisnya... saya belum berminat menulis isu itu....
Andai secara sengaja atau tidak  tulisan ini menyentuh atau menyenggol tulisan Khalid Samad... bukan kerana sokongannya terhadap PSM atas dasar mazhab sosialinya, kerana saya tahu Khalid Samad adalah antara pemimpin PAS yang beriman dengan aliran Sosialis PSM tidak sesat... tidak sesekali... saya hanya menulis di sudut kewajaran PSM diberi tempat di Kota Damansara... isu yang dilupakan.. kalau rajin saya akan sambung isu ini... apatah lagi kalau ada yang berminat membela PSM atau sekutunya...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads