Selasa, 2 Julai 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


WARISAN NENEK: Breakfast <b>di Bangi</b> Kopitiam, Bandar Baru Bangi

Posted: 26 Jun 2013 12:12 AM PDT

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca setia WN. Diharap agar anda semua sihat ya. Sekarang wabak jerebu tengah melanda negara kita, di harap agar anda semua sentiasa mengikut nasihat mereka yang pakar dari segi kesihatan untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal sihat. Saya pun lebih banyak masa duduk kat rumah aje,,semua program nak tengok floria pesta bunga, nak jalan jalan pergi pasar karat, semuanya tak jadi. Takpelah lain kali kalau cuaca dah ok, takde jerebu baru boleh keluar jalan jalan kan.
Harini nak tunjuk gambar semasa saya singgah bersarapan  di Bangi Kopitiam di Bandar Baru Bangi minggu lepas sebelum jerebu tau. Tak taulah mood malas pula melanda sejak cuaca berjerebu nii. Hihihi. Dah seminggu saya tak update blog. Asyik mengadap TV tengok berita terkini tentang jerebu dan macam biasalah , kalau tak buat makanan kat rumah,, anak anak yang kena cuti sekolah sebab cuaca jerebu sentiasa kelaparan. Kikiki. Ok lah ,tengok gambar,,,,
Macam biasa ,, saya tak lepaskan peluang untuk tengok2 harta karun dalam lemari besar ni. Mantap betul koleksi pemilik kopitiam ni kan.
Cawan cawan kopitiam dan tin lama turut dipamerkan juga di sini.
Tengok tu mesin ABC lama kan,, radio kat sebelah tu memang nostalgia betul. Teringat zaman kanak kanak dulu, habis radio dan kaset saya kerjakan, tiap tiap hari dengar lagu dari kaset sambil belajar. Tak taulak masuk ke tak apa yang di baca tu dalam kepala sambil menghafal lirik lagu.
Tin susu lama, acuan kuih putu, cawan nescafe lama dan lain lain, so siapa yang dah mula berminat nak kumpul barang barang karat ni cuba cek kat belakang dapur rumah mak bapak you all di kampung,,,kot kot ada jumpa tin buruk, acuan buruk,, hihihi dan pamerkan di sudut ruang tamu rumah anda nak raya nanti,,, mesti ramai yang tercengang tuu. Bagus tak idea nii?,,,,
Kipas lama,,emm saya pun takde seketul pun kipas lama,,, mana nak cari nii,, mahal tak,,
Rasa saya jenis talipon macam ni ada kat kedai kedai runcit atau restoran besar kan,,kena masukkan duit dulu kalau nak tepon makwe or pakwe cinta monyet zaman remaja dulu,,,  bukan saya yeww,,, saya dulu kaki study aje,, hahaha
Ni almari dapur,,, telah diletakkan di ruang tengah Bangi Kopitiam ni,, senang depa nak "key in" makanan apa yang kita order',,, lawakan cat nya tu,,, saya suka, tombol pintu pun antik.
Gambar lama yang sungguh unik di paparkan di ruangan bersebelahan sinki mencuci tangan. Semua kaum ada kan,, tengok tu kebaya pendek dan kain sarung batik lepas lama,,, adoiii tak kanlah saya nak mengumpul baju kebaya lama pulak,,,,, kikiki tapi rasa bagus juga kalau kita kumpul baju baju emak kita kan,,,,
Selalu kita nampak kaki mesin jahit singer kan,, kali ni jenama Raleigh,, telah di cat warna keemasan dan di atasnya diletakkan permukaan marble berserta sinki mencuci tangan.
Sangat suka dengan pintu antik kayu ni dan kacanya yang hijau tuu,,, mana mau cari nii,,,,yang ini laluan ke tandas ye,,,,Bersebelahan pintu ni terdapat juga koleksi yang memang malatoppsss,,, ini dia
Radio lama ni pun dalam wish list " saya juga. Alahai banyaknya nak beli dan kumpul,,saya ni kolektorr budget aje, kalau mahal mahal tak mampu. Dulu masa kanak kanak,, selalu nampak rak tv kayu yang pintunya boleh tarik tolak tuu,, sekarang ni mana nak dapat cik kak,, kalau terjumpa kat kampung kampung pun, dia orang tak nak bagi punya. Sekarang orang kampung pun dah pandai menghargai barang buruk ni kan,, yang mesin sebelah radio tu, tak tau pula saya kegunaannya untuk apa.
Simple nasi lemak, ok juga rasanya.
Roti bakar ngan kaya untuk mama,, pelbagai pilihan untuk roti ni tak tauu mana nak pilih.
Syahirah pepagi lagi dah makan nasi lemak dengan papa,,,jemput makan.Sedapnya,,,
Perut pun dah kenyang, mata pun dah tercuci dengan melihat barang barang antik kat sini,, so kita jumpa di lain n3 ya,,bye,, oppsss ada gambar lagi ni,,,
Keseluruhan ruang dalaman Bangi Kopitiam,,tengok tu penuh meja kopitiam kan,,,

chedinsphere.: Mengopi <b>di Bangi</b> - Newer Posts

Posted: 10 Jun 2013 11:40 PM PDT

Salam. Segala kandungan dalam blog '.chedinsphere.' ini adalah bersifat untuk perkongsian maklumat dan ilmu sahaja. Segala pandangan yang diberikan pada bahagian komen pengunjung blog, tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Sebahagian maklumat, gambar dan bahan yang dipaparkan di dalam blog '.chedinsphere.' ini adalah hak milik pihak penerbitan masing-masing dan disiarkan di sini sebagai rujukan semata-mata. Sebarang penyalahgunaan maklumat, gambar dan bahan daripada blog ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang menyalahgunakannya. Harap maklum. Salam hormat daripada saya. Terima kasih.

Penubuhan Grupemuisi UKM <b>Di</b> Kampus <b>Bangi</b> (Memoir)

Posted: 09 Jun 2013 04:14 PM PDT

-->
BBB, 30 Sya`ban 1434 = 09 Jun 2013 (Ahad):
Telah diperkatakan bahawa Badan Penulis Studi Kelab Sastera UKM adalah Badan Penulis Sastera Mahasiswa terawal ditubuhkan Di UKM, semasa Kampus UKM secara sementara di Jalan Pantai Baru. Penubuhan adalah pada 23 Julai 1970, iaitu selepas lebih dua bulan UKM dengan rasminya dibuka (18 Mei 1970). Studi Kelab Sastera UKM adalah zaman UKM di Lembah Pantai. Ada kegiatan dan penghasilan penulisan semasa di Kampus Jalan Pantai Baru.
Adapun Grupemuisi UKM yang lebih khusus kepada perkumpulan penyair
Mahasiswa UKM, maka penubuhannya berlaku selepas perpindahan UKM ke Bangi. Perlu diingat perpindahan UKM dari Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur ke Bangi tidak serentak, Fakulti Sastera dan Fakulti Islam lebih awal, manakala Fakulti Sains lebeh lewat, kerana perpindahannya melibatkan peralatan dan makmal, di samping menunggu siapnya bangunan-bangunan fakulti yang tidak disiapkan di Bangi secara serentak. Penulis sendiri mulai pindah ke rumah yang dibeli di Bangi pada  3 Disember 1977 (mendapat kunci rumah pada 30 November). Mulai pindah barang-barang terutama buku yang dibawa sendiri ke Pejabat di Bangi mulai 27 Oktober 1977. Pada 28 Oktober packed barang-barang untuk dibawa oleh lori diurus UKM ke Bangi. Pada 29 Oktober Prof. Dr. Ghazali Abdul Rahman, bawa kami (Pensyarah-pensyarah Fakulti Sastera) melawat kampus dan melihat bangunan canselori, bilik senet dan pentadbiran di Bangi. Mulai 11 November 1977 ke Kampus Bangi bertugas – Berulang-alik dari Damansara Utama. Jadi dari rentetan maklumat di atas perpindahan mulai berlaku pada akhir Oktober, khususnya bagi Fakulti Sastera. Perpindahan disifatkan sebagai exodus besar-besaran yang melibatkan jejaran trailer-trailer di Lebuh Raya Kuala Lumpur ke UKM (Plus Sekarang) dalam masa yang agak lama. Lebuhraya baru siap hanya sampai ke Tol Bangi sekarang – masih belum di sambung ke Seremban.
Berhubung dengan kegiatan persatuan penulis dan kegiatan di Kampus UKM, Penulis selaku Pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu UKM yang pada masa itu Profesor Dr. Mohd. Haji Salleh selaku Ketua Jabatan, menugaskan seorang Pelajar Jabatan Persuratan Melayu pada tahun 1990, iaitu saudara Anuar Musa menulis Latihan Ilmiah sebagai keperluan pengajiannya untuk Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sastera UKM. Tajuk yang Penulis cadangkan kepada Pelajar berkenaan ialah:
``Dua Dekad Kegiatan Puisi Di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia``
Menurut saudara Anuar Musa dalam Latihan Ilmiahnya di atas:
``Grupemuisi UKM (GPUKM) telah ditubuhkan pada 17 Disember 1977. Majlis Perasmiannya bertempat di Bilik 2.101 Bangunan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di Bangi. (Anuar Musa, Dua Dekad Kegiatan Puisi Di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Latihan Ilmiah Di Jabatan Persuratan Melayu, FSKK, UKM, 1991: 50).
Maklumat seterusnya dari Latihan Ilmiah di atas,
``Majlis Perasmiannya telah dilakukan oleh Naib Canselor Tan Sri Anwar Mahmud. Beliau mengalu-ngalukan penubuhan GPUKM. Menurut beliau inilah sebuah badan atas nama Grupemuisi dengan secara langsung bergiat di dalam bidang puisi, buat pertama kalinya ditubuhkan di UKM, malah di semua universiti di Malaysia.``
(Anuar Musa, Dua Dekad Kegiatan Puisi Di Kampus UKM, hlm. 50).
Usaha ke arah penubuhan Grupemuisi ialah kerana ramai lahirnya penyair di UKM hasil dari kursus-kursus penulisan yang selama ini diadakan, sedangkan untuk menyatukan kegiatan tidak ada. Seorang aktivis dan penggiat puisi pada masa itu, iaitu saudara Nawawee Mohammad dengan beberapa rakan pemuisi berbincang untuk membentuk satu Persatuan Penulis bersifat terbuka. Sebelumnya ada lahir Persatuan Penulis IBKKM secara terhad (Khusus bagi pelajar IBKKM), tetapi tidak panjang usia. Ini mendorong Nawawee dan rakan-rakannya seperti Azmi Yusoff, Maswan Salleh, Haron A.H. dan Abdul Hadi Muhamad berusaha membentuk sebuah badan penulis yang dikenali kemudiannya dengan nama (atas cadangan saudara Nawawee) Grupemuisi.
Menurut Latihan Ilmiah saudara Anuar Musa.
Gerupemuisi telah memilih AJK berikut:
Ketua Satu            Nawawee Mohammad
Ketua Dua             Abdul Hadi Muhamad
Setiausaha             Haron A.H.
Setiausaha II         Maswan Salleh
Bendahari:            Siti Khadijah
Sdr. Fakarulrazy Muhammad
Latihan Ilmiah juga mecatat bahawa, antara Penasihat-Penasihat yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa mengira penat lelah serta memainkan peranan penting dalam perkembangan GPUKM ini ialah Encik Ramli Isin, Shafie Abu Bakar, Sahlan Mohd Saman dan Siti Zainon Ismail. Mereka adalah merupakan pensyarah-pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di UKM.
(Anuar Musa, Dua Dekad Kegiatan Puisi di Kampus UKM, hlm. 51 -52).
Sesungguhnya dengan lahirnya Grupemuisi menyediakan wadah bagi bakat-bakat dan peminat-peminat puisi di UKM mencurahkan ilham dan bakat mereka di dalam berpuisi. Dengan adanya Grupemuisi, curahan dan bakat mereka tidak berlalu begitu sahaja, tetapi melalui kegiatan yang teratur mereka menerbitkan antologi-antologi yang melaluinya dapat dinilai bakat mereka dan dipupuk sehingga antara mereka berpotensi menjadi Penyair Kampus yang membuka kemungkinan menjadi antara penyair-penyair tanahair terkenal. Ini terbukti dari banyak lahirnya antologi-antologi yang bakal dibicarakan dan kemudian antara mereka menjadi penyair tanahair terkenal tanahair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads