Selasa, 2 Julai 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 06:16 AM PDT

Unveiling of the Nissan Almera Nismo ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package Concept di Litar Sepang

Dua hari lepas jika anda berkunjung ke Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan acara perlumbaan Super GT International Series Malaysia 2013, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke ruang pameran yang disediakan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Nissan di pasaran tempatan.

Di situ anda berpeluang melihat dengan lebih dekat prebiu global model Nissan Almera Nismo Performance Package Concept yang ditala khas oleh divisyen permotoran Nissan Motorsports International Co., Ltd. (Nismo). Pengenalan awal model itu kepada umum juga bermakna rakyat Malaysia akan berpeluang untuk memiliki sebuah Nissan Almera dengan pakej lengkap Nismo tidak lama lagi.

Menurut ETCM, ciri-ciri menarik pada bahagian luaran Nissan Almera Nismo Performance Package Concept ialah melalui rekaan bampar hadapan dan belakangnya, skirt sisi, spoiler belakang serta rim aloi bersaiz 17 inci. Semua komponen itu dibangun menggunakan teknologi perlumbaan Nismo yang sudah terbukti.

Nissan Almera Nismo Rear view ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package Concept di Litar Sepang

Selain itu, suspensi sports yang dipasangkan pada model berkenaan turut menawarkan pengendalian yang selesa dan stabil. Sementara peredam ekzos Nismo (Nismo Exhaust Muffler) pula memberikan bunyi yang lebih sporty bersesuaian dengan penampilan baharunya kini yang lebih garang berbanding model standard, malah tidak keterlaluan dikatakan ia juga telah mengatasi penampilan Almera IMPUL.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato' David Chen berkata, "Meneruskan kejayaan kolaborasi pertama di antara ETCM dan Nismo pada tahun 2005, kami kini berbesar hati untuk memperkenalkan model prebiu global ini. Nissan Almera Nismo Performance Package Concept merupakan bukti kepada hubungan dan kerjasama rapat yang telah wujud di antara ETCM dan Nismo. Kami harap dapat menawarkan pakej Nismo ini kepada semua pelanggan Almera tidak lama lagi!"

Nissan Almera Nismo 17 inch Alloy Wheels ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package Concept di Litar Sepang

"Nissan Almera Nismo Performance Package Concept diperkenalkan buat pertama kali di dunia bersama Edaran Tan Chong Motor, rakan kami sejak sekian lama di Malaysia. Kami berbangga kerana mempunyai jenama Nismo pada model-model arus perdana Nissan. Ia menawarkan sesuatu yang istimewa dari segi teknologi sukan bermotor termaju, kemampuan prestasi dinamik dan reka bentuk sporty tersendiri yang terkandung dalam Nismo, jenama sukan bermotor, prestasi dan personalisasi Nissan," kata Presiden NISMO, Shoichi Miyatani.

Nismo merupakan jenama sukan bermotor dan prestasi untuk kenderaan Nissan yang terkenal di peringkat global. Ia juga dikenali sebagai salah satu organisasi sukan bermotor premium yang wujud daripada semangat tagline "Inovasi yang Mengujakan" (Innovation that Excites) Nissan. Nismo menawarkan teknologi inovatif dan berprestasi tinggi untuk rangkaian pelanggan lebih luas bagi kegunaan di jalan biasa.

p/s : Berapakah agaknya harga yang bakal ditawarkan untuk Nissan Almera NISMO ini?


Belog Cik Zety : Suatu ketika <b>di Sepang</b> Gold Coast

Posted: 04 Jun 2013 01:30 AM PDT

Holiday adalah masa untuk berehat dan tentu sekali berehat bersama keluarga tercinta! Last week, Zety & family telah pun melancongkan diri ke Sepang Gold Coast yang terletak di Bagan Lalang which is famous dengan chalet berbentuk palma iteww. Penah dengar tak tentang Sepang Gold Coast ni? Kalau tak pernah dengar, rajin-rajinkan diri untuk Google. Ihiks.
Untuk entri kalini, malas pulak nak taip so korang just enjoy the pictures lah boleh kan? Bak kata pepatah omputih, "Pictures tell the stories" :P
Ze beloved family *me taking the picture*
From left : Mama, abang & jiji
This is my Mak Lang & si kecik Aqif :)
 Cuaca was sooo nice that evening! Thank you!
 Zety was here. So what? :P
Err..my abah and his beauty belly -,-
My precious lil'sister, Nuyin & cousie, Iyadh
Nampak tak tuu? (I mean the Palma Resort :P)
We had our dinner here, Restoran Bayu Malam
Alhamdulillah, everyone had a happy tummy.
Mencuba untuk menjadi seorang profesional dan berakhir 
dengan layang-layang terbang setinggi diri sendiri -,-
Goodbyeee beach. See you again next time :)

Till then peeps, thanks for reading!


Like dan komen lah kalau suka :)

Berita tentang Rumah Amal Giching, <b>Sepang di</b> Utusan Malaysia 21 <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 06:23 PM PDT

photo (16)

photo (15)

photo (14)

Anak-anak rumah ini bukan sahaja didedahkan kepada ilmu akademik tetapi dicungkil kemahiran masing-masing sejak kecil

20130622-073053.jpg

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar SHIDDIEQIIN ZON

FOKUS GILAP BAKAT TERPENDAM
Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah seiringkan bidang pendidikan dan kemahiran kepada penghuninya.
*********************

MENCUNGKIL bakat penghuni, seterusnya digilap dan didedahkan dengan kemahiran bertaraf industri.Itulah yang dititikberatkan oleh Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah kepada penghuni di rumah kebajikan tersebut.

Mempercayai bahawa setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri, pusat amal yang menempatkan anak-anak yatim dan fakir miskin di Sepang, Selangor itu komited dalam melahirkan golongan kurang bernasib baik yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Walaupun masih baharu ditubuhkan, pada pertengahan 2011, namun itu tidak menghalang pihak pengurusan Baitul Barokah dalam mengejar misi tersebut dengan menempatkan penghuni seawal usia 14 tahun ke pusat latihan kemahiran di luar waktu persekolahan.

Malah, rumah kebajikan yang menjadikan pendidikan dan kemahiran sebagai sasaran utama itu juga menubuhkan sekolah rendah Agama di dalam pusat berkenaan di samping membina bengkel kemahiran dan alatan kemahiran buat penghuni.

Penyelaras Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah, Noor Aishah Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap penghuni di rumah kebajikan tersebut menjadi insan yang berjaya untuk meneruskan hidup berdikari.

"Setiap penghuni ditempatkan di Baitul Barokah ini datang daripada latar belakang berbeza.

"Ada yang tinggi IQ, begitu juga ada yang lemah. Kita tidak boleh pinggir yang lemah ini atau memaksa mereka melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

"Ini hanya akan membebankan dan menghilangkan semangat mereka apabila terus berasa tertekan. Oleh itu, Baitul Barokah mengambil langkah mengenal pasti apakah kebolehan daripada setiap penghuni.

"Kerana kita yakin setiap individu yang diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan diri masing-masing yang jika digilap ia boleh dimanfaatkan dan menjadikan mereka berjaya seperti masyarakat lain walaupun dalam kekurangan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah menempatkan 97 penghuni iaitu berusia dari tujuh hingga 16 tahun.

Kepelbagaian pengetahuan adalah elemen yang dititikberatkan oleh rumah kebajikan itu.

Antara aspek penerapan utama adalah pendidikan agama,kebudayaan, pertanian dan kemahiran.

Selain mempunyai sekolah rendah agama bagi kegunaan penghuni, Baitul Barokah juga mempunyai ladang ternakan, pusat jahitan, dapur membuat roti dan surau.

Aishah berkata bagi penghuni wanita akan didedahkan dengan kemahiran menjahit dan membuat roti. Manakala lelaki didedahkan dengan kemahiran
mekanikal dan muzik.

"Selain menyediakan beberapa kemudahan kepada penghuni, kita juga menjalinkan kerjasama untuk menghantar mereka ke Pusat Giat Mara Sepang.

"Begitu juga bagi pelajar lelaki, akan didedahkan dengan kemahiran mekanikal. Dengan kemahiran yang mereka pelajari itu, boleh dipraktikkan di rumah ini. Apabila berlaku masalah kecil pada alat elektrik seperti penghawa dingin dan lampu yang rosok boleh dibaiki oleh pelajar ini.

"Kita tidak bimbang kerana mereka telah mendapat sijil kelayakan daripada pusat kemahiran tersebut. Dengan kemahiran ini boleh menjadi asas kekuatan bagi mereka untuk berdikari apabila keluar nanti," jelasnya.

Kata beliau, matlamat utama penubuhan Baitul Barokah untuk menanamkan sifat kehambaan yang tinggi tetap diteruskan selari dengan pelbagai pengisian yang diterapkan kepada penghuni.

"Apa yang penting, matlamat utama kita bukanlah mengejar kesenangan duniawi semata-mata, sebaliknya bagi melahirkan individu yang mempunyai sifat kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT dengan nilai kasih sayang.

"Saya sering berpesan dengan penghuni di sini, jika hari ini kita susah, pasti ada lagi mereka yang susah di luar sana. Dan jika diberi kesenangan jangan pula sesekali lupa pada mereka yang lebih memerlukan. Yang penting adalah rasa syukur dengan apa yang ada.

"Dengan sifat kehambaan dan nilai kasih sayang inilah rahsia kejayaan sebenar bagi umat Islam. Namun, untuk mengecapi sifat kehambaan itu kita perlu kepada kejayaan di dunia agar dapat membantu mereka yang lebih memerlukan," katanya.

Komersial
———
Bukan sekadar manfaat penghuni, kemahiran yang digilap kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah turut mula mendapat sambutan luar sehingga memasuki pasaran.

Aisyah berkata, kebolehan penghuni menghasilkan roti dan biskut telah berjaya dipasarkan yang pada mulanya kepada penduduk kampung sekitar, kini telah dijual di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

"Alhamdulillah, kita mendapat kontrak menjual roti dan biskut dan mempunyai sebuah kedai di terminal lapangan terbang tersebut.

"Antara yang dijual seperti roti berinti kacang metah, kelapa dan kaya, roll piza, biskut mazola, tart nenas, suji Arab dan sebagainya.

"Selain itu, kita juga ada menjual lebihan pakaian dan barangan terpakai yang banyak disumbangkan oleh masyarakat yang prihatin terhadap penghuni Baitul Barokah ini," kata Noor Aishah.

Hasil daripada kemahiran penghuni itu katanya, dapat dimanfaatkan bagi menjana kewangan dan menampung keperluan mereka sendiri.

"Secara tidak langsung juga, ia melatih penghuni mengenai kemahiran selok belok perniagaan serta perniagaan komersial untuk dimanfaatkan suatu hari nanti," katanya.

Penubuhan Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah juga mendapat sambutan baik oleh penduduk kampung setempat.

Aisyah berkata, kumpulan nasyid dan pemain muzik di Baitul Barokah sering diundang oleh penduduk setempat untuk membuat persembahan bagi memeriahkan majiis seperti kenduri kahwin dan majlis keraian lain.

"Program anak-anak penduduk kampung bersama penghuni turut diadakan di rumah kebajikan ini sebagai sumbangan rumah kebajikan kepada penduduk dalam usaha membentuk rohani anak-anak setempat," tambahnya.

Info Baitul Barokah

20130622-073155.jpg

20130622-073037.jpg

20130622-073112.jpg

20130622-073204.jpg

3.092084 101.518464

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads