Isnin, 22 Julai 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


1st time makan buffet ramadhan <b>di Bangi</b> Golf Resort, kesiankan?

Posted: 18 Jul 2013 07:05 PM PDT

Maaflah update menu berbuka pagi-pagi cenggini. Ini pon sebab mood rajin tengah ada. Kalau tak rajin, tu yang jadi macam semalam tu. Membisu je aku. Padan muka, sebab malas sangat semalam, dah gambar lauk udang masam manis+telur dadar aku terdelete dalam fon. Jadinya tak boleh nak tunjuk gambar yang itu. Ampun ye. 3 menu tu aku masak hari selasa lepas. Bayangkan aku dengan en.aril masak 3 menu tu dalam masa setengah jam je, hebait tak??
Citernya bermula bila aku sibuk nak menghantar cookies kat customerlah masa balik rumah petang tu. Aku ajak en.aril teman sekali. Aku bajet sebelum 6.30 aku akan sampai kat rumah balik, sekali hamek ko! Pukul 7 malam baru sampai. Nasib aku dah keluarkan udang siap-siap. Laju-laju masak nasi, terus potong segala jenis bawang, bahan tumisan dan kobis.
Memang sangat pantas dan cekap kitorang laki bini buat kerja. Aku sediakan bahan, en.aril tolong masakkan. Baguskan?? Macam nilah kerjasama yang kita mahukan di antara suami isteri (^_^)
Ngam-ngam orang azan, siap semua masakan aku. Berbuka dengan buah kurma + air masak pon  kat dapur je.
Lepas berbuka terus mandi solat semua baru makan nasi. Mulai tahun ni kitorang dah tukar tradisi cara berbuka kitorang. Seronok jugak aku bila buat macam tu. Takdelah kena makan dalam keadaan terkejar-kejarkan. Sambil makan boleh rileks-rileks je nak hadamkan makanan dalam perut :)
Ampun ye, hanya ada gambar kobis goring kunyit je untuk lauk berbuka hari selasa haritu.
Hari Rabu pulak aku EL. Ada hal sikit :) Petang tu murah rezeki kitorang anak beranak. Officer en.aril belanja kitorang + sorang lagi ofismate en.aril berbuka puasa kat Bangi Golf Resort. Alhamdulillah. Sebenarnya aku memang tak pernah pergi buffet Ramadhan ni. Bukan tak teringin nak pergi, tapi bila tengok harganya macam tak berbaloi je. Mungkin sebab poket kitorang tak tebal, tu yang keinginan pon ala-ala je. Kalau poket tebal, maunya setiap hari kitorang pergi berbuka buffet kot :P
Kitorang sampai awal gila kat sana. Kalau tak silap siap jadi orang yang pertama lagi daftar masuk,hahaha. Datang awal semata sebab nak book tempat. Officer en.aril mintak dia yang handle booking tempat ni. Jadinya memang sesuailah kitorang sampai awalkan. Nasib mood safiyya pon ok je aritu. Kitorang dari rumah lagi dah cakap-cakap dengan dia supaya jangan buat perangai + jangan menangis-nangis tak tentu pasal bila orang dah ramai nanti. Alhamdulillah, memang rezeki. Dia behave je malam tu. Apa yang dia nak makan, semua kitorang bagi. Comot pon comotlah, janji tak buat perangai, (saikokan kitorang, hihihi)
Dekat-dekat dah nak masuk waktu berbuka barulah sampai officer-officer en.aril tu. Kitorang berbuka 5 orang dewasa + 2 kanak-kanak. Nasib aku dah pernah jumpa diorang sebelum ni, jadinya takdelah segan sangat. Boleh sembang-sembang. Lagipon masing-masing bawak anakkan. Topik sembang memang tak lari asyik cakap pasal anak jelah :)
Aku tak tangkap gambar sangat pon. Malas aku nak memusing dari satu gerai ke gerai yang lain dengan perut memboyot ni. So far makanan semua sedap. Kebetulan meja kitorang dekat dengan desert, jadinya kitorang banyak berulang ke situ jelah.
Gerai-gerai yang ada kat situ macam biasalah. Ada kambing bakar, satay, nasi berlauk, bihun+meggi goreng, pasta, yong taufu, mee kari dan banyak lagilah. Tak ingat dah aku. Sebab aku cuma pusing sekali je amik megi+bihun goreng. Lepastu minta diorang letakkan sambal udang+daging paprik+ayam halia.
Tekak teringin nak amik mee kari, tapi takut mood safiyya ke laut. Jadinya aku sambung makan desert-desert jelah. En.aril macam biasalah, dia mesti pulun kambing kaw-kaw. Selebihnya dia makan desert je. Rupanya dia pon sama macam aku, amik makanan yang ringkas je sebab takut safiyya meragam. Saiko sangat dah kitorang nikan. Terlampau takutkan anak meragam, sampai makan pon kitorang sekat (^_^)
Oh, harga buffet ramadhan kat sini kalau walk in RM68 tak silap aku. Kalau nak murah, lebih baik korang call buat reservation, then datang amik voucher tengah hari sebelum korang datang petang tu untuk berbuka. KELEBIHANNYA bila kita datang collect voucher sebelum waktu berbuka kita akan dapat harga super duper MURAH!! Macam kitorang aritu, dapat harga RM43 sekepala. Hampir RM20 kitorang dapat jimat tau, Alhamdulillah (^_^)
Suasana tempat berbuka sebelum orang meramai. Kosong je semua mejakan. Bila dah dekat pukul 7, riuh rendah jadinya tempat ni. Surau yang diorang sediakan pon sangat selesa. Aku lepas berbuka dengan kurma+air je terus pegi solat siap-siap. Takut lambat-lambat nanti orang ramai, sesak pulak dalam surau tu. Kalau korang teringin nak pergi berbuka kat sana, JANGAN LUPA bawak TELEKUNG sendiri ye sebab rasanya aku tak nampak pon diorang sediakan telekung kat situ. Nasib aku dah bawak siap-siap. Kalau tidak, tak memasallah kena tebalkan muka pinjam dekat orang kejap.
Bulat muka safiyya sama macam akukan. Inilah budak yang selalu buat kitorang berjaga-jaga bila bawak dia ke tempat awam. Bimbang sangat dia buat ragam dia yang super duper yummy tu. Gigit karang baru tau!!
Muka mak yong di kala usia kandungan menginjak 38 minggu harini. Takde pulak aku perasan muka aku kembang atau sembap. Kalau time safiyya dulu, masuk 8 bulan je, hidung pon dah kembang, hohohoho. Muka aku makin tembam sekarang, badan jangan cakaplah. Stress dah aku bila baju semua dah tak muat. Perut makin membesar, membesar dan terus membesar, sementara babynya masih belum ada tanda-tanda nak keluar lagi.
Semalam pulak tak tau nak masak apa. Dalam freezer ada sotong, ada udang sikit dengan ayam. Udang dah makan, ayam pon baru lagi, hah kita keluarkan sotonglah pulak. Mula-mula ingat nak buat sotong black paper, tapi en.aril macam tak berkenan sangat. Jadinya aku serah kat dia jelah nak masak apa sotong ni. Fikir punya fikir, dia request sotong macam kat rumah member aku aritu, tapi serius aku tak ingat langsung dah macam mana rupa dan rasa sotong tu. Bila tanya dia, dia boleh agak tak bahan-bahannya, dia geleng kepala. Terpaksa tukar menu, dia request sotong berempah je macam haritu. tapi kali ni versi berkuah banyak sebab nak cicah dengan lempeng kelapa pulak masa bersahur nanti (tadi)
Sonang sangat buat sotong berempah ni. Sama macam masak kari. Cumanya takde bersantan. Itu je. Sikit lebih kurang tu korang adjustlah nak bagi rasa sedap kat tekak korang yeh!
Stok sayur dah abis dalam peti, balik kerja semalam singgah kedai bawah rumah beli kangkung. Kat rumah aku ni asyik ulang sayur yang sama je sebab sayur-sayur macam ni je yang en.aril makan. Karang beli yang pelik-pelik, aku sorang je yang mengadap, payah jugakkan. Takkan nak masak sampai 2 jenis sayur sekali masak. Letih mak yong hoi!!
Nasib tekak aku ni tekak tong sampah. Semua pon boleh. Makanan tak abis pon bagi kat aku, sebab tu badan macam di pam-pam, hohohoho. STRESS!!!!!!
Petang ni nak masak apa pulak yeh?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads