Rabu, 31 Julai 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


<b>Batu Caves</b> Reviews - Pengalaman Pertama zamzoro.com

Posted: 12 Jul 2013 09:00 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ Klik Sana ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑

Pada 3 Julai 2013, aku dengan seorang kawan aku pergi jalan-jalan di Batu Caves. Tujuan utama aku datang ke sini adalah untuk menulis secara ringkas tentang Batu Caves Reviews dalam blog ni. Aku dengan kawan aku pergi ke sana pada hari biasa, dan bukan pada hari perayaan Thaipusam. Walaupun pada hari biasa, namun masih ramai juga pelancong negara luar yang mengunjungi Batu Caves.

Tugu Dewa Muruggan - Batu Caves Reviews

Tugu Dewa Muruggan di pintu masuk merupakan faktor penarik pelancong asing untuk datang – Batu Caves Reviews.

Aku tumpang motorsikal kawan aku untuk pergi ke Batu Caves. Kitorang tidak dikenakan apa-apa caj. Kalau korang naik kereta ataupun bas, korang mungkin akan dikenakan caj masuk. Aku tak tahu berapa yang perlu dibayar. Yang pasti, kalau korang naik motorsikal, naik basikal ataupun jalan kaki memang tidak perlu bayar caj untuk masuk ke dalam.

Batu Caves Reviews - Gambar Depan Patung Dewa Muruggan

Hilmi a.k.a Comel bergambar di Batu Caves. Seolah ambil gambar melancong di luar Negara. Huhu…. - Batu Caves Reviews.

Sebelum masuk ke dalam, aku bertanggapan Batu Caves hanyalah tempat beribadat untuk penganut agama Hindu. Tapi yang peliknya, setiap kali aku lalu depan pintu masuk Batu Caves ketika ulang alik pergi kerja, aku terlihat ramai pelancong luar negara yang berkunjung ke situ. Hati aku terdetik untuk singgah di Batu Caves tatkala melihat keadaan tersebut.

Pelancong Asing dan Merpati - Batu Caves Reviews

Pelancong asing sedang bergambar dengan burung Merpati. Kitorang pun nak ambil gambar macam tu, tapi tak mampu beli maruku untuk Merpati tu. Huuuu sedih… – Batu Caves Reviews.

Setibanya di dalam lokasi, rupanya tanggapan awal aku adalah salah. Batu Caves bukan sekadar tempat ibadat untuk penganut agama Hindu, ia juga merupakan salah satu tempat perlancongan yang menarik di Selangor. Di dalam kawasan tersebut, terdapat kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata seperti key-chain, baju, barangan-barangan kraf dan pelbagai lagi. Selain itu ada juga restoran, kedai runcit, kedai kamera dan pelbagai lagi.

Beli Aiskrim - Batu Caves Reviews

Kitorang beli aiskrim dalam tu. Harga untuk 2 aiskrim ni cuma RM10. Kira murah lagi la kan, kalau di Indonesia dah 31,465.91 Rupiah. Hoho…. – Batu Caves Reviews.

Waktu yang paling meriah orang datang berkunjung ke sini adalah pada Hari Perayaan Thaipusam. Bukan sekadar penganut Hindu sahaja yang berpusu-pusu mengunjungi tempat tersebut, malah pelancong luar negara juga ramai yang datang ke Batu Caves. Mereka datang untuk melihat sendiri keunikan perayaan tersebut. Penganut Hindu yang bernazar membawa kavadi dan ada yang membawa pot yang berisi susu.

Cuma satu perkara sahaja yang aku ingin berpesan pada korang. Kalau korang ada membawa bungkusan makanan, sila berhati-hati dengan monyet yang berkeliaran di sekitar Batu Caves. Dari pengalaman aku, aku ternampak seekor monyet merampas bungkusan maruku daripada seorang pelancong asing. Setakat itu sahaja yang aku dapat coretkan untuk Batu Caves Reviews. Jika korang nak tahu lebih banyak info, silalah rujuk pada Encik Wiki di link ini : Batu Caves. Beliau memang pakar dalam banyak perkara.

Carian HANGAT:

, , , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads