12 di shah alam - Google Blog Search |
Kemalangan Maut Melibatkan Perodua Viva <b>di Shah Alam</b> - Oh! Tidak Posted: 16 Jun 2013 04:46 AM PDT SHAH ALAM 16 Jun – Tiga daripada empat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi ini. Dalam kemalangan pada pukul 5.15 pagi itu, pemandu Adam Ab. Rahman bersama Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan yang duduk di bahagian penumpang belakang mati di tempat kejadian. Bagaimanapaun, seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang duduk di sebelah pemandu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan mereka baru mendaftar masuk ke IPTA masing-masing dua minggu lalu. Video: Video ini tidak memaparkan dengan jelas kerana dilarang pihak Bomba untuk rakaman dilakukan. Rujuk description video untuk info penuh berkenaan video ini. Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam); Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam) manakala Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia). Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, ketika kejadian, empat sahabat tersebut dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari Shah Alam dipercayai selepas mengunjungi taman tema i-City di sini. Menurutnya, setiba di lokasi, kereta berwarna kuning terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan. "Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar. "Dua mangsa lagi ditemui dalam kenderaan tersebut namun seorang daripada mereka telah meninggal dunia kerana cedera parah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ruslan memberitahu, kesemua mangsa yang maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan manakala mangsa yang cedera ringan hanya luka serta lebam di muka. – UTUSAN ONLINE Takziah kepada keluarga mangsa. Berikut adalah sedikit pesanan untuk direnungkan bersama dari OH! Media. |
AWAS Pendakwah Kristian Kini <b>Di Shah Alam</b>... - Darul Ehsan Today Posted: 16 Jul 2013 01:30 AM PDT Mat salleh nie seorang mubaligh kristian, dia di dakwa sedang giat menyebarkan risalah agama kristian di kawasan shah alam, dia juga dikatakan menunggang sebuah motosikal nouvo, sekiranya korang terjumpa dengannya, maka berikanlah dia satu pengajaran yang cukup berharga supaya dia akan kenang sehingga ke akhir hayat... |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan