12 di kajang - Google Blog Search |
MPKj Muktamad Tutup Bazar Ramadan <b>Di</b> Reko Sentral <b>Kajang</b> Posted: 11 Jul 2013 02:54 AM PDT SHAH ALAM 11 JULAI : Keputusan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan di Reko Sentral Kajang, Bangi adalah untuk mengelak daripada perselisihan faham antara pemilik kedai dan penganjur bazar selain kesesakan lalulintas di kawasan itu. Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata pihaknya membuat keputusan tersebut setelah mendapat aduan daripada peniaga pasaraya di situ. MPKj juga membuat keputusan itu setelah merujuk kepada Kerajaan Negeri tetang bazar itu yang diadakan di situ sejak tiga tahun lalu. "Kita ada membuat rujukan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak menyokong untuk membenarkan Karnival Bazar Ramadan di situ kerana beberapa isu. "Antaranya aduan daripada peniaga di kawasan tersebut dan adanya pasar raya besar di kawasan itu. "Faktor-faktor inilah yang menjadi asas kepada penutupan bazar tersebut," kata Izlan ketika dihubungi. Beliau menambah penutupan itu juga kerana masalah aliran trafik di kawasan itu yang mengganggu kedai yang sedia ada. Bazar Ramadan tersebut adalah anjuran Persatuan Penduduk Langat Jaya. Keputusan penutupan bazar tersebut dikecam oleh peniaga bazar dengan ada yang menyatakan mereka telah mengeluarkan modal untuk membeli barangan untuk berniaga. "Keputusan ini adalah muktamad yang berdasarkan kepada keputusan mesyuarat dan sebarang keputusan sudah diputuskan dalam mesyuarat dan kita berpegang kepada keputusan itu," kata Izlan. Sementara itu, ADUN Bangi, Mohd Shafie Ngah merayu agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan nasib kira-kira 200 pejaja yang ingin menyertai bazar itu. Katanya, peniaga tersebut sudah mengeluarkan modal yang besar untuk meniaga di kawasan itu dan penutupan itu akan menjejaskan peluang pendapatan mereka. Ujarnya, masalah aliran trafik yang menjadi isu boleh diatasi kerana wujud jalan alternatif di kawasan itu. Tambahnya, karnival ini sudah berjalan selama tiga tahun dan tapak perniagaan alternatif sudah penuh. "Saya mohon dipertimbangkan dan diadakan perbincangan dengan para peniaga," kata beliau. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan