Khamis, 25 Julai 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


GEMPAR!!! Bangkai Buaya Gergasi Ditemui <b>Di Kuala Selangor</b> (7 <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 05:10 PM PDT



GEMPAR!!! Bangkai Buaya Gergasi Ditemui Di Kuala Selangor (7 GAMBAR & VIDEO) | Jika semalam kami ada mengeluarkan beberapa keping gambar di facebook,dan rata-rata menyatakan ianya palsu dan gambar edit.Bagi membuktikan kebenaran tersebut,kami telah berusaha mendapatkan bukti bergambar dan video yang lain bagi membuktikan wujudnya makhluk gergasi ini di Semenanjung dan bukannya sekadar retorik atau sekadar ingin mendapatkan perhatian/publisiti murahan semata-mata.Laporan penuh beserta 6 keping gambar dan satu salinan video disertakan bersama.

Menurut penduduk di kampung berkenaan, buaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan kapal korek pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk.

Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

Gambar Bangkai Buaya Gergasi






Petikan Akhbar PenemuanBangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

"Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

"Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada," katanya ketika ditemui. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads