12 di klang - Google Blog Search |
mangsa ditetak hanya akibat kes kemalangan jalanraya <b>di klang</b> Posted: 13 Jul 2013 01:01 PM PDT Kejadian pergaduhan di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang kini menjadi topik hangat dibicarakan di laman sosial. Pergaduhan dilaporkan tercetus akibat kes kemalangan membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sungai Keramat 3, Taman Klang Utama. 11 Julai, dilaporkan, mangsa, Mohd Syukri Sairun, 24 tahun, kakitangan Majlis Perbandaran Klang, bersama adiknya dalam perjalanan ke masjid menaiki motosikal terlanggar oleh suspek menaiki kereta Proton Iswara berwarna biru bersama 3 rakan lain.; Berikutan itu, tercetus pertengkaran, suspek kemudian dikatakan menetak mangsa di kedua tangan dan kepala. Kini Syukri dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahmah. Saya bersimpati dengan kejadian menimpa Syukri. Bahan berita itu dipaparkan di laman facebook Perkasa Selangor Malaysia, klik di sini. Rentetan daripada kejadian itu, berlaku lagi kes pergaduhan lain di Klang. Beberapa lelaki India dilaporkan tercedera dan dirawat di hospital. Laporan polis telah dibuat. Terkini, pihak polis berjaya mengawal keadaan agar kes pergaduhan itu tidak terus menular. Teliti antara komen dilontarkan di facebook berhubung kejadian itu. Apapun berlaku, JANGAN sesekali menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial kerana dikhuatiri mengakibatkan kejadian lebih buruk. Saya percaya 100% pihak polis berupaya menangani kes jenayah seperti ini tanpa sebarang masalah. Ketua Polis Klang Utara, ACP Mohamad Syukor Sulong berkata, kes terbabit tiada kaitan dengan isu perkauman. Klik di sini untuk membaca laporan Sinar Harian. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan