Sabtu, 27 Julai 2013

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


118 premis niaga <b>di</b> BBST terbiar - <b>Salak Tinggi</b>

Posted: 22 Apr 2011 12:00 AM PDT

118 premis niaga terbiar

SEPANG: Kurangnya promosi menyebabkan 118 premis pernigaan di Bandar Baru Salak Tinggi terbiar sepi serta gagal menarik minat orang ramai mengusahakan perniagaan di kawasan berkenaan.

Bangunan empat blok itu yang pernah menempatkan pejabat lama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) kurang mendapat sambutan orang ramai serta tidak diurus dengan baik. Tinjauan Harian Metro di kawasan berkenaan mendapati hanya tujuh premis saja yang berfungsi sebagai pejabat swasta dan agensi kerajaan, manakala selebihnya terbiar kosong. Keadaan itu satu pembaziran memandangkan keadaan bangunan kedai yang masih elok tidak dimanfaatkan sepenuhnya walaupun kemudahan disediakan adalah lengkap.

Sementara itu, terdapat sebuah bangunan kedai di bahagian belakang premis perniagaan terbabit dijadikan asrama pekerja kilang berhampiran yang kebanyakannya pekerja asing. Pembantu kedai, Jidan Ahmad, 43, berkata, keadaan sunyi di kawasan itu terutama pada waktu malam mengundang kejadian samun di kawasan asrama pekerja kilang berkenaan. "Minggu lalu berlaku kejadian samun di asrama pekerja kilang kerana keadaan kawasan di bahagian belakang gelap kerana lampu tidak berfungsi dengan baik.

"Saya berharap usaha mempromosikan bangunan premis ini dapat diteruskan sekali gus mengelakkan bangunan kedai ini rosak kerana tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Dia berkata, sekiranya bangunan itu terbiar kosong, ia mungkin dijadikan sarang penagihan dadah atau kejadian tidak bermoral di kawasan yang tersorok.

Sementara, kakitangan swasta, Zahrin Ahmad Zainuddin, 40, berkata, amat menyedihkan apabila melihat bangunan yang masih elok itu terbiar begitu tanpa penyewa, lebih-lebih lokasinya sangat strategik kerana berhadapan dengan jalan utama Salak Tinggi ke Nilai. "Sekiranya ia dimanfaatkan sepenuhnya dengan membina kemudahan seperti bank, saya percaya ia menarik orang ramai memeriahkan tempat ini. "Malah, lokasinya sangat strategik dan sangat rugi sekiranya ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya," katanya. Dia berkata, promosi yang lebih berkesan perlu dilaksanakan bagi menarik minat orang ramai memenuhkan premis berniaga atau membuka pejabat di kawasan itu.

SUMBER: HARIAN METRO, JUMAAT, 22 APRIL 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads