Ahad, 7 Julai 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


membeli ikan segar <b>di SABAK BERNAM</b> teringin jual di Hulu Langat

Posted: 11 Jun 2013 05:52 AM PDT

salam..
hai semua.. kali ini mexa nak tulis entri pasal ikan segar..
alhamdulillah sekarang suami mexa bekerja kat POLI SABAK BERNAM..
tetapi mexa tak tinggal kat sana.. hanya hujung minggu sahaja suami akan pulang ke hulu langat ni..
dan yang paling best setiap kali balik suami mexa akan beli kan ikan segar2 dari sana..
memang segar sangat.. bila makan tu rasa sangat isi ikannya manis dan segar memang berlainan rasa dengan ikan yang di beli di pasaraya GIANT ke CS ke MY MYDIN ke.. memang jauh berbeza lah kesegarannya..

maaflah MEXA selalu tak snap gambar bila beli ikan.. sebab selalu terus masak dan selebihnya mexa simpan untuk makan hari seterusnya..

mexa suka makan Ikan sebab ikan mengandungi tinggi Protein.. dan amatlah baik untuk menambahkan kesuburan bagi mereka yang ingin kan anak..

ini yang mexa dapat mengenai khasiat IKAN

IKAN mengandungi vitamin D dan K yang tinggi.
 penyelidik dari Klinik Mayo Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat (AS), Prof. Virend Somers mendedahkan, kajian mendapati diet berasaskan ikan merupakan rutin pemakanan yang sihat.

Buktinya rejim diet itu membantu mengurangkan kadar hormon leptin yang mempengaruhi nafsu makan secara berlebihan

Menurut pakar diet dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che 'Lah, selain masalah obes, pengambilan ayam dan daging yang tidak terkawal juga mengakibatkan penyakit jantung dan masalah kolesterol tinggi. Memandangkan ayam dan daging mempunyai kadar nutrisi, jumlah lemak tepu dan kolesterol yang berbeza daripada ikan.
Ikan merupakan salah satu sumber protein yang penting. Badan memerlukan protein untuk proses pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan tisu, enzim dan hormon. Pada masa yang sama, ia membekalkan vitamin dan mineral untuk pembentukan tulang.

 vitamin D dalam ikan air masin, ikan halibut, ikan tuna dan minyak hati ikan. Pengambilan vitamin D secara berterusan amat digalakkan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus. Ia juga penting untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak-kanak. Ia juga mencegah otot lemah dan ritma denyutan jantung dengan lebih baik," terang Nor Lizawati ketika ditemui Kosmo!.

suami mexa ada jugak berhasrat ingin menjual ikan jika ada orang yang memesannya dari LANGAT ni.. katanya rugi kalu orang LANGAT tak dapat rasa ikan segar dari SABAK.. heheee

mexa pun tak pasti ada ke orang beli dari kami ye?? hanya hujung minggu sahaja..hari jumaat malam suami akan sampai di sini..setelah pulang dari kerja...

in shaa allah lain kali bila suami beli mexa akan snap gambar k...

k byee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads