12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
Malaysia Metal Detector: Metal Detector <b>Di Sungai</b> Kota <b>Tinggi</b> Johor Posted: 06 Jun 2013 01:07 AM PDT Pada 1 Jun 2013 satu expedisi metal detector (MD) dijalankan di pinggir sungai kota Tinggi Johor bersama abg king. Sungai kota tinggi mempunyai banyak khazanah yang terdapat di sungai mahupun didarat. Dahulu nya sungai kota tinggi merupakan kawasan perdagangan kapal-kapal. Berikut salah satu gambar tempat lokasi MD. Acara MD ini dilakukan pada air timpas . Untuk makluman air timpas ini bermaksud air sungai surut. Air sungai surut bergantung pada anak bulan hijrah (boleh lihat kalendar dulu sebelum nak turun MD). Berikut adalah hasil MD disungai kota yang kaya dengan khzanah Apa yang kami jumpai adalah duit timah katun johor dan sebiji mata kail berwarna emas. Katun atau ketun atau keton adalah duit timah johor lama dahulu yang digunakan pada 200-300 tahun dahulu. Terdapat banyak jenis dan bentuk duit timah ini ( nati saya ceritakan pasal duit timah johor). sebiji mata kail berwarna emas dijumpai, pada mulanya kami ingat ini adalah emas, tetapi setelah buat pemeriksaan , mata kain ini adalah bronze dikenali gangsa. Mungkin zaman dahulu , mata kail ini digunakan sebagai mata wang. Melalui pembacaan buku-buku lama, mata kail gangsa ini telah ditemui oleh Adi Haji Taha pada tahun 1991. Berikut adalah sokongan penemuian matai kail gangsa Kami harap pihak yang bertanggungjawab , hendaklah menjaga warisan dan khazanah di Sungai Kota Tinggi kerana disitu banyak lain khazanah yang belum diterokai. |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan