Ahad, 11 Ogos 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Siak Meninggal Dalam Keadaan Bersujud <b>di Bangi</b> | Bicara Santai

Posted: 02 Aug 2013 04:04 PM PDT

Meninggal dalam keadaan bersujud pada Allah merupakan suatu perkara yang jarang-jarang berlaku.  Hanya insan-insan terpilih sahaja yang mendapat kelebihan ini.  Tambahan pula kejadian ini berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.

Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Bilal Surau Meninggal Ketika Sujud

Mati ketika sedang sujud

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.

Bagaimanapun, usaha wartawan menghubungi individu yang dipercayai imam surau berkenaan, Sukor Atan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian berkenaan gagal kerana beliau tiada di rumah.

Sumber  :  Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Isu Semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads