Ahad, 11 Ogos 2013

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Polis giat buru anggota &#39;Geng 08 Vinod&#39; <b>di</b> hutan <b>Ulu Yam</b> ABN <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2013 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu seorang anggota 'Geng 08 Vinod' yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, lelaki berusia  lingkungan 20-an itu dipercayai masih berada di sekitar kawasan hutan Ulu Yam, di sini.

"Kami percaya suspek masih dalam hutan," katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, polis menahan tiga daripada empat lelaki dipercayai anggota 'Geng 08 Vinod' selepas kereta dinaiki mereka terbabas apabila cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Sebaik sahaja terbabas, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran, namun tiga suspek berjaya ditahan dengan bantuan unit anjing pengesan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads