12 di batu caves - Google Blog Search |
Peraturan pakaian baru <b>di</b> kuil <b>Batu Caves</b> ABN News | BM Posted: 14 Aug 2013 01:22 AM PDT Oleh Yuogawathy Veeranan (yuogawathy@abnxcess.com) KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves bakal memperkenalkan peraturan pakaian baru bagi pelawat dan pelancong di situ. Mereka tidak boleh mengenakan pakaian yang menjolok mata seperti t-shirt tidak berlengan dan seluar pendek sekiranya berada di perkarangan kuil terbabit. Selain itu, mereka juga tidak boleh meludah di kawasan kuil berkenaan. Tinjauan krew ABN News ke kuil itu mendapati kebanyakan pelancong yang berkunjung ke situ berpendapat peraturan baru itu perlu diikuti. Mereka yang ditemui berkata, kepercayaan dan adat kuil, yang merupakan satu daripada destinasi pelancongan utama negara, perlu dihormati. "Mereka akan mula memakai pakaian yang lebih bersopan. Saya rasa berpakaian seperti itu lagi elok berbanding dengan memakai seluar pendek kerana ini merupakan tempat beribadat. "Ada pelancong yang berpendapat, ini adalah cara rakyat dari pelbagai pelusuk dunia menunjukkan penghormatan mereka terhadap kepercayaan dan adat sesebuah tempat beribadat," kata pekerja swasta, S.Thiruchelvy. Doktor dari Sri Lanka, Deepa Weeranayake berkata :"Saya berasa kita perlu menghormati agama dan pendapat setiap orang. Jadi kita perlu mengikut peraturan yang ditetapkan sebagai tanda menghormati budaya mereka." Pegawai pemasaran dari Sri Lanka, Chamira Wanigasinghe berpendapata ia perlu diikuti oleh bukan hanya pelancong, malah mereka yang mempunyai budaya dan agama berlainan. "Kami penganut agama Buddha namun perlu menghormati budaya kaum lain," katanya. Pelancong Canada, Shameem Ahmad berkata kuil terbabit adalah tempat beribadat dan pelancong patut menghormati dengan memakai pakaian sopan. Setiausaha Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Batu Caves R.T. Sundaram berkata peraturan bagi mendidik semua golongan yang melawat kuil ini supaya menghormati budaya penganut Hindu. Katanya, pihak kuil akan menyediakan pakaian lebih bersopan pada masa akan datang. "Kami telah pun ada cadangan, untuk menyediakan kain macam skirt pada pengunjung yang datang ke sini, mungkin dengan bayaran yang mininum yang belum ditentukan lagi," kata Sundaram. Katanya peraturan ini sudah mula dikuatkuasakan tetapi pihak pengurusan kuil tidak menghalau mereka yang berpakaian tidak sopan buat masa ini. Mereka hanya akan dimaklumkan tentang peraturan itu, namun pada masa akan datang pengurusan kuil akan memperketatkan penguatkuasaannya. Beliau berkata demikian di pejabat pengurusan kuil itu hari ini. |
You are subscribed to email updates from di batu caves - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan