Sabtu, 31 Ogos 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


15 sekolah <b>di PJ</b> sertai pertandingan bangunan ceria - Selangorku

Posted: 30 Aug 2013 10:33 PM PDT

skolah cantikPETALING JAYA, 31 OGOS : Sebanyak 15 sekolah rendah di sini terpilih untuk menyertai program menceriakan sekolah dan memperbaiki kemudahan asas sempena Anugerah Bangunan Ceria 2013 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Program sejak 2007 itu menawarkan bantuan RM7,000 dan 60 tin cat kepada sekolah rendah terpilih berdasarkan cadangan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, beberapa kategori diwujudkan antaranya, rumah kediaman, bangunan komersial dan bangunan kerajaan.

"Tahun lalu, tujuh sekolah menengah dipilih menceriakan sekolah masing-masing dan tahun ini sekolah rendah pula diberi peluang.

"Bantuan itu boleh digunakan untuk memperbaiki kemudahan asas seperti membina tempat duduk rehat, menaik taraf landskap, menyediakan kemudahan orang kelainan upaya (OKU), mengecat bangunan sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program itu di Dewan Banquet MBPJ, petang semalam.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist, SK(L) Bukit Bintang (2), SK Jalan Selangor (2), SK Taman Datuk Harun (1), SK Sri Damai, SK Bandar Baru Sri Damansara (1) dan PPRT Lembah Subang.

Selain itu, SK Kelana Jaya, SK Damansara Damai, SK Taman Sea, SK Taman Medan, SK Sultan Alam Shah (1), SK Sungai Wey dan SK Sri Petaling.

- FZL

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads