12 di sepang - Google Blog Search |
A-Class buktikan kehebatan <b>di Sepang</b> | BH Auto Posted: 29 Aug 2013 09:25 PM PDT
Kemewahan sememangnya sudah menjadi identiti pengeluar kenderaan dari Jerman, Mercedes-Benz. Namun ia tidak sekadar berhenti di situ dan untuk barisan terbaru kenderaan kompak A-Class yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia mengundang wakil media untuk satu sesi pandu uji di Litar Antarabangsa Sepang. Untuk sesi yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu membrek, pecutan, slalom, gelincir dan litar, kenderaan yang disediakan adalah A200 BlueEfficiency dan A250 Sport. Kedua-duanya merupakan kenderaan pacuan roda hadapan dan jika melihat kepada spesifikasi, jelas A250 Sport akan lebih menonjol dalam sesi ini. Prestasinya sememangnya terbukti dan kuasa yang dikeluarkan enjin 1,991cc pada A250 Sport dirasakan lebih sesuai bagi pemanduan di dalam litar seperti ini dan sepadan dengan berat keseluruhan kenderaan. Bagi mereka yang agresif, memang ini adalah pilihannya. Sementara itu, dari segi kawalan dan suspensi, beza di antara A200 dan A250 Sport tidaklah sejauh mana. Semasa sesi pusingan litar, kesemua wakil media yang hadir berjaya mengekalkan jarak dan mengikuti pelatih profesional Mercedes-Benz yang kebanyakannya dari Australia tanpa sebarang kejadian yang dramatik. Memandangkan mereka mempercayai wakil media permotoran Malaysia, pelatih yang mengetuai sesi memandu kenderaan sehingga tahap hampir seperti perlumbaan dan A-Class baru ini berjaya mengharunginya. Penulis dapati, A-Class ini sangat stabil dan seronok dikawal. Ia tidak mudah 'membuang' kerana jarak rodanya yang pendek. Olengan pula walaupun masih ada, ia tidak begitu mengganggu. Cuma yang nampak kesannya adalah brek yang berasap semasa kami berhenti selepas sesi selesai. Satu lagi ujian penting yang kami lakukan adalah simulasi mengelak secara mengejut dalam keadaan jalan basah. Walau dalam kelajuan tinggi, tiada seorang pun di antara kami melanggar kon seterusnya menunjukkan kalibrasi yang baik sistem ESP, 'Acceleration Skid Control' (ASR) dan ABS. Selepas sesi ini, penulis merasakan A-Class baru ini memang menyeronokkan dan selamat untuk dipandu. Ia tidaklah begitu berprestasi seperti kenderaan sport sebenar, tapi dengan pakej gaya, kemasan dan harga yang ditawarkan ia sememangnya menarik. Lainlah pula ceritanya jika varian A450 AMG yang terbaru dibawa masuk. Itu pasti menggiurkan. - Durrani Sharom. SPESIFIKASI Mercedes-Benz A-Class
|
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan